awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi bertemu isteri, sanggup dayung bot 2,000km dari Phuket ke India

Bernama
Bernama
24/03/2022
15:58 MYT
Demi bertemu isteri, sanggup dayung bot 2,000km dari Phuket ke India
Seorang lelaki Vietnam cuba mendayung bot getah dari Phuket, Thailand ke India, perjalanan sejauh kira-kira 2,000 kilometer, untuk bertemu isterinya yang tidak ditemuinya sejak dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19. - Foto agensi/Sinar Harian
BANGKOK: Seorang lelaki Vietnam cuba mendayung bot getah dari Phuket, Thailand ke India, perjalanan sejauh kira-kira 2,000 kilometer, untuk bertemu isterinya yang tidak ditemuinya sejak dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19.
Lelaki berusia 37 tahun dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu berada di laut selama 18 hari.
Pada Rabu, Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Ketiga Tentera Laut Diraja Thai dan pegawai Taman Negara Kepulauan Similan menyelamatkan lelaki itu, kira-kira 80 kilometer dari pantai selepas dimaklumkan oleh nelayan tempatan.
Dalam satu kenyataan, Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Tiga Tentera Laut Diraja Thai berkata lelaki itu merancang untuk mendayung dari Phuket ke India, menyeberangi Laut Andaman dan melalui Teluk Bengal menaiki bot getah sepanjang 2.5 meter untuk bertemu isterinya.
Media tempatan melaporkan bahawa perjalanan itu akan mengambil masa sekitar 625 hari untuk sampai ke pantai India.
Menurut kenyataan itu, pegawai menemui sedozen pek mi segera, satu tangki air dan bagasi di atas bot itu.
Pasukan penyelamat membawanya ke Taman Negara Kepulauan Similan untuk tindakan lanjut.
Pada 2 Mac, lelaki itu mengambil penerbangan dari Saigon ke Bangkok dan cuba mendapatkan penerbangan ke Mumbai, lokasi isterinya tinggal.
Bagaimanapun, rancangannya tidak menjadi kerana dimaklumkan dia memerlukan visa.
Kemudian, dia memutuskan untuk mendayung dari Phuket ke India. Lelaki itu menaiki bas ke pulau peranginan itu dan membeli bot getah di situ.
Dia bertolak pada 5 Mac.
Dalam halaman Facebook, Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Tiga Tentera Laut Diraja Thai menyiarkan foto lelaki itu dengan kapsyen "seluas manapun lautan, tidak dapat menghalang cinta sejati lelaki ini".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dayung bot
#bertemu isteri
#Phuket
#Thailand
#India
#Ho Chi Minh
#Vietnam
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan