DUNIA

Demografi China kian meruncing, penuaan populasi percepat tekanan ekonomi

Astro Awani 19/01/2026 | 04:43 MYT
Penyusutan populasi sejak 2022 itu berlaku seiring proses penuaan yang semakin ketara dan memberi tekanan kepada dasar ekonomi Beijing. -Foto hiasan/Adobe Stock Photo
BEIJING: Populasi China kembali mencatat penyusutan pada 2025, menandakan tahun keempat berturut-turut negara itu berdepan penurunan jumlah penduduk susulan kadar kelahiran yang merosot dan peningkatan kematian.


Ringkasan AI
  • Populasi China kembali susut pada 2025, berkurang 3.39 juta kepada 1.405 bilion, menandakan tahun keempat penurunan berterusan susulan kadar kelahiran yang rendah dan kematian yang meningkat.
  • Angka kelahiran merosot ke paras terendah dalam beberapa dekad dengan hanya 7.92 juta kelahiran direkodkan, sementara jumlah kematian meningkat kepada 11.31 juta, menunjukkan tekanan terhadap dasar ekonomi Beijing.
  • Penurunan kadar perkahwinan turut memberi impak negatif terhadap prospek kelahiran jangka panjang, dengan pendaftaran perkahwinan merosot sehingga 6.1 juta pasangan pada 2024, menandakan cabaran demografi yang serius bagi China.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Kebangsaan China pada Isnin, jumlah penduduk negara itu berkurangan sebanyak 3.39 juta kepada 1.405 bilion pada 2025, penurunan lebih besar berbanding tahun sebelumnya.

Angka kelahiran turut jatuh ke paras terendah dalam beberapa dekad dengan hanya 7.92 juta kelahiran direkodkan, berbanding 9.54 juta pada 2024.

Pada masa sama, jumlah kematian meningkat kepada 11.31 juta berbanding 10.93 juta setahun lalu.

Penyusutan populasi yang bermula sejak 2022 itu berlaku seiring proses penuaan yang semakin ketara dan memberi tekanan kepada dasar ekonomi Beijing, khususnya dalam usaha merangsang penggunaan domestik serta mengurus beban sistem pencen yang semakin meningkat.

Trend penurunan kadar perkahwinan turut memburukkan prospek kelahiran jangka panjang.

Pada 2024, pendaftaran perkahwinan merosot sebanyak satu perlima kepada 6.1 juta pasangan, berbanding 7.68 juta pada 2023 — satu indikator penting terhadap penurunan kadar kelahiran pada masa depan.

Walaupun pelonggaran syarat pendaftaran perkahwinan di seluruh negara mulai 2025 dijangka membawa sedikit peningkatan kelahiran, pakar demografi percaya kesannya hanya bersifat sementara.

Bagi menangani krisis demografi ini, Beijing merancang untuk meningkatkan perbelanjaan sehingga CNY 180 bilion mulai 2026 untuk merangsang kadar kelahiran, termasuk langkah sokongan kepada keluarga muda dan pelaburan dalam dasar populasi jangka panjang.








Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah penyebab utama penurunan populasi China pada tahun 2025?
    A: Penurunan populasi China pada tahun 2025 disebabkan oleh kadar kelahiran yang merosot dan peningkatan kematian.
  • Q: Berapakah jumlah kelahiran yang direkodkan pada tahun 2025 di China?
    A: Pada tahun 2025, hanya 7.92 juta kelahiran direkodkan di China, menurun daripada 9.54 juta pada tahun sebelumnya.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh Beijing bagi merangsang kadar kelahiran yang semakin merosot?
    A: Beijing merancang untuk meningkatkan perbelanjaan sehingga CNY 180 bilion mulai 2026 untuk merangsang kadar kelahiran, termasuk langkah sokongan kepada keluarga muda dan pelaburan dalam dasar populasi jangka panjang.



#Populasi China #kadar kelahiran rendah #kematian meningkat #paras terendah