DUNIA
Demonstrasi mega di depan DPR Indonesia, 15 individu ditahan cetus kekacauan

Demonstrasi besar-besaran di depan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Jakarta pada Isnin, dianjurkan gerakan dikenali sebagai Indonesian People’s Revolution. - Foto Andrew Tito
JAKARTA: Polis menahan sekurang-kurangnya 15 individu ketika demonstrasi besar-besaran di depan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di sini pada Isnin, dianjurkan gerakan dikenali sebagai Indonesian People’s Revolution.
Ringkasan AI
- Demonstrasi besar-besaran dianjurkan oleh Indonesian Peoples Revolution melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat yang menuntut pembubaran DPR dan siasatan terhadap dakwaan rasuah keluarga bekas Presiden Joko Widodo.
- Polis Jakarta menahan 15 individu yang disyaki melakukan provokasi semasa protes, walaupun demonstrasi berlangsung di bawah kawalan ketat keselamatan.
- Tekanan terhadap Parlimen meningkat agar lebih tegas menjalankan fungsi semak dan imbang, mencerminkan kekecewaan rakyat terhadap isu integriti kepimpinan negara.
Selain itu, mereka turut menuntut seorang pemimpin politik diturunkan iaitu Gibran Rakabuming Raka yang kini menjadi tumpuan selepas dikaitkan dengan pelbagai kontroversi politik.
“Terus tekan Parlimen untuk menjalankan tugasnya sebagai pengawas kerajaan,” demikian petikan mesej yang disebarkan penganjur.
Sementara itu, Polis Jakarta dalam satu kenyataan memaklumkan 15 individu ditahan disyaki terbabit dalam tindakan provokatif yang berpotensi menimbulkan kekacauan semasa demonstrasi.
Meskipun berlaku beberapa insiden kecil, protes secara keseluruhan berlangsung dengan kawalan ketat pihak keselamatan, termasuk penempatan anggota tambahan di sekitar kawasan DPR.
Demonstrasi ini menambah tekanan terhadap Parlimen untuk lebih tegas melaksanakan peranan sebagai badan semak dan imbang kerajaan, pada waktu sama mencerminkan kekecewaan masyarakat terhadap isu integriti melibatkan kepimpinan Indonesia.
Setakat ini pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada tuntutan kumpulan tersebut akan dibincangkan di peringkat Parlimen.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami