DUNIA

Denmark sekat akses platform media sosial pengguna bawah 15 tahun

Amanz 10/11/2025 | 01:20 MYT
Walaupun pengguna bawah 15 tahun akan diharamkan memiliki akaun media sosial, pengecualian akan diberikan kepada pengguna 13 tahun ke atas sekiranya menerima kebenaran ibu bapa atau penjaga. - Foto Amanz
DENMARK akan mengharamkan pengguna bawah 15 tahun untuk menggunakan platform media sosial.


Ringkasan AI
  • Denmark akan mengharamkan pengguna di bawah 15 tahun daripada menggunakan platform media sosial bagi menjaga kesihatan mental remaja, kata Perdana Menteri Mette Frederiksen.
  • Menteri Pendigitalan Denmark, Caroline Stage Olsen, menyatakan media sosial mencuri masa dan kesejahteraan kanak-kanak, namun pengecualian boleh diberikan kepada pengguna 13 tahun ke atas dengan izin ibu bapa atau penjaga.
  • Langkah ini menjadikan Denmark negara kedua selepas Australia yang mengharamkan akses media sosial kepada pengguna remaja, dengan denda maksimum A$49.5 juta (RM134 juta) bagi laman yang gagal mematuhi peraturan.


Langkah ini diambil bagi memastikan kesihatan mental remaja dipelihara menurut Perdana Menteri Mette Frederiksen.

Menteri Pendigitalan Denmark Caroline Stage Olsen pula berkata media sosial mencuri zaman dan kesejahteraan kanak-kanak.

Walaupun pengguna bawah 15 tahun akan diharamkan memiliki akaun media sosial, pengecualian akan diberikan untuk pengguna 13 tahun ke atas sekiranya menerima kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.

Sungguhpun begitu kelonggaran ini hanya akan tergunapakai untuk platform tertentu sahaja yang belum lagi diumumkan kerajaan Denmark.

Apabila berkuat kuasa kelak, Denmark akan menjadi negara kedua selepas Australia mengharamkan akses media sosial kepada pengguna remaja.

Australia akan menguatkuasakan pengharaman untuk pengguna bawah 16 tahun mulai 10 Disember ini.

Laman yang gagal menghalang boleh dikenakan denda A$49.5 juta (~RM 134 juta).

Setakat ini hanya Discord, GitHub, LEGO Play, Roblox, Steam, Steam Chat, Google Classroom, Messenger, WhatsApp dan YouTube Kids sahaja terlepas daripada penguatkuasaan ini.







#media sosial #kesihatan mental #Denmark #pengguna remaja