DUNIA
Derita dan harapan penduduk Aceh selepas dilanda bencana banjir, tanah runtuh
Lebih 50,000 keluarga yang terkesan akibat banjir dan tanah runtuh di Aceh, kini berlindung di pusat pemindahan sementara, berjuang memulihkan kehidupan di tengah lumpur dan trauma. - Gambar Reuters/Hidayatullah Tajuddin
BANDA ACEH: Hujan lebat yang berlarutan selama beberapa hari telah menenggelamkan ratusan kampung dan mengakibatkan tanah runtuh di beberapa daerah pedalaman Aceh.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Bencana ini bukan sekadar angka korban dan rumah musnah, tetapi sebuah tragedi yang meragut ketenangan ribuan jiwa.
Di sebalik angka kematian yang kini tercatat sekurang-kurangnya 170 orang, tersimpan kisah-kisah manusia yang sarat dengan kesedihan, ketakutan, dan harapan yang hampir padam.
Antaranya, Aminah Ali, 63 tahun, yang masih menggigil setiap kali mengingat detik air banjir meluru deras masuk ke rumahnya. Dia sangkakan kehidupannya akan tamat dalam kejadian itu.
“Saya nampak rumah-rumah hanyut. Air naik sampai bumbung. Saya dan anak panjat ke atas atap, tunggu sehari semalam. Semua barang saya hilang,” katanya, sambil menyifatkan banjir kali ini bukan seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Aminah berkata, rumahnya kini hanya tinggal rangka selepas dilanda banjir, dan dipenuhi lumpur yang tebal akibat bencana itu.
Di seberang sungai, jirannya, Busra Ishak, terpaksa berpaut pada sebatang pokok kelapa selama 12 jam selepas rumahnya lenyap dibawa arus. Lebih tragis, dia kehilangan seorang adik perempuan dalam tragedi itu.
Sementara itu, di kawasan tanah tinggi berhampiran sempadan Aceh, Sri Yuni Pardede, 20, masih terbayang detik jam 2.30 pagi ketika tanah runtuh memusnahkan rumahnya.
“Mak mentua kata itu guruh. Saya kata bukan, rumah bergoncang. Lepas tu batu besar jatuh,” katanya ketika menceritakan detik-detik yang menakutkan itu.
Sri Yuni berkata, dia terpaksa melarikan diri bersama bayinya ke sebuah gereja.
Setiap kali deruan enjin helikopter kedengaran, Sri Yuni yang masih dalam trauma, akan terus menganggap satu lagi kejadian tanah runtuh bakal berlaku.
Di Banda Aceh, Fitriati, 40, pula hanya mampu melihat rumahnya yang kini menjadi lautan lumpur.
“Banjir pernah berlaku, tapi tak seteruk ini. Masa air naik, saya cuma fikir nak selamatkan diri. Kami sangat takut. Terlalu takut,” katanya lagi.
Lebih 50,000 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara. Namun, trauma yang mereka alami mungkin mengambil masa bertahun untuk pulih.
Bagi penduduk Aceh, bencana ini menghidupkan semula memori tsunami 2004 yang masih segar dalam ingatan. Namun kali ini, mereka berdepan dengan ketidakpastian baharu – perubahan iklim, hujan ekstrem, dan tanah yang semakin rapuh.
Di sebalik kesedihan, terselit semangat gotong-royong. Masjid dan gereja menjadi tempat perlindungan, sukarelawan menghulur bantuan, dan doa terus dipanjatkan agar bumi Aceh kembali tenang.
Astro AWANI akan terus mengikuti perkembangan ini, bukan sekadar melaporkan angka, tetapi mengangkat suara mereka yang kehilangan ... agar dunia tahu, di sebalik lumpur dan air mata, ada jiwa yang masih berjuang untuk hidup.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Hujan lebat di Aceh menyebabkan ratusan kampung tenggelam serta tanah runtuh, dengan sekurang-kurangnya 170 orang terkorban.
- Penduduk seperti Aminah Ali, Busra Ishak, dan Sri Yuni Pardede merasai trauma yang mendalam akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda rumah mereka.
- Kini lebih 50,000 keluarga tinggal di pusat pemindahan sementara, sementara Aceh berdepan dengan ketidakpastian perubahan iklim dan tanah yang semakin rapuh selepas bencana ini.
Bencana ini bukan sekadar angka korban dan rumah musnah, tetapi sebuah tragedi yang meragut ketenangan ribuan jiwa.
Di sebalik angka kematian yang kini tercatat sekurang-kurangnya 170 orang, tersimpan kisah-kisah manusia yang sarat dengan kesedihan, ketakutan, dan harapan yang hampir padam.
Antaranya, Aminah Ali, 63 tahun, yang masih menggigil setiap kali mengingat detik air banjir meluru deras masuk ke rumahnya. Dia sangkakan kehidupannya akan tamat dalam kejadian itu.
“Saya nampak rumah-rumah hanyut. Air naik sampai bumbung. Saya dan anak panjat ke atas atap, tunggu sehari semalam. Semua barang saya hilang,” katanya, sambil menyifatkan banjir kali ini bukan seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Aminah berkata, rumahnya kini hanya tinggal rangka selepas dilanda banjir, dan dipenuhi lumpur yang tebal akibat bencana itu.
Di seberang sungai, jirannya, Busra Ishak, terpaksa berpaut pada sebatang pokok kelapa selama 12 jam selepas rumahnya lenyap dibawa arus. Lebih tragis, dia kehilangan seorang adik perempuan dalam tragedi itu.
Sementara itu, di kawasan tanah tinggi berhampiran sempadan Aceh, Sri Yuni Pardede, 20, masih terbayang detik jam 2.30 pagi ketika tanah runtuh memusnahkan rumahnya.
“Mak mentua kata itu guruh. Saya kata bukan, rumah bergoncang. Lepas tu batu besar jatuh,” katanya ketika menceritakan detik-detik yang menakutkan itu.
Sri Yuni berkata, dia terpaksa melarikan diri bersama bayinya ke sebuah gereja.
Setiap kali deruan enjin helikopter kedengaran, Sri Yuni yang masih dalam trauma, akan terus menganggap satu lagi kejadian tanah runtuh bakal berlaku.
Di Banda Aceh, Fitriati, 40, pula hanya mampu melihat rumahnya yang kini menjadi lautan lumpur.
“Banjir pernah berlaku, tapi tak seteruk ini. Masa air naik, saya cuma fikir nak selamatkan diri. Kami sangat takut. Terlalu takut,” katanya lagi.
Lebih 50,000 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara. Namun, trauma yang mereka alami mungkin mengambil masa bertahun untuk pulih.
Bagi penduduk Aceh, bencana ini menghidupkan semula memori tsunami 2004 yang masih segar dalam ingatan. Namun kali ini, mereka berdepan dengan ketidakpastian baharu – perubahan iklim, hujan ekstrem, dan tanah yang semakin rapuh.
Di sebalik kesedihan, terselit semangat gotong-royong. Masjid dan gereja menjadi tempat perlindungan, sukarelawan menghulur bantuan, dan doa terus dipanjatkan agar bumi Aceh kembali tenang.
Astro AWANI akan terus mengikuti perkembangan ini, bukan sekadar melaporkan angka, tetapi mengangkat suara mereka yang kehilangan ... agar dunia tahu, di sebalik lumpur dan air mata, ada jiwa yang masih berjuang untuk hidup.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kesan teruk yang dialami oleh penduduk Aceh akibat hujan lebat yang berlarutan?
A: Ratusan kampung ditenggelamkan, tanah runtuh di beberapa daerah, dan sekurang-kurangnya 170 orang dilaporkan terkorban. - Q: Bagaimanakah pengalaman Aminah Ali ketika rumahnya dilanda banjir?
A: Aminah Ali, 63 tahun, mengalami ketakutan yang melampau dan kehilangan hampir semua harta benda apabila rumahnya tinggal rangka akibat banjir. - Q: Apakah detik-detik menakutkan yang dihadapi oleh Sri Yuni Pardede ketika tanah runtuh?
A: Sri Yuni Pardede, 20 tahun, terpaksa melarikan diri bersama bayinya ke sebuah gereja apabila rumahnya dimusnahkan akibat tanah runtuh jam 2.30 pagi. - Q: Berapakah jumlah keluarga yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara?
A: Lebih 50,000 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara akibat bencana banjir dan tanah runtuh di Aceh. - Q: Apakah perbandingan pengalaman bencana terkini di Aceh dengan tragedi tsunami 2004?
A: Penduduk Aceh menghidupkan semula memori tsunami 2004, namun kali ini mereka berdepan dengan ketidakpastian baharu seperti perubahan iklim, hujan ekstrem, dan tanah yang semakin rapuh.