INTERNATIONAL

Dewan Perwakilan AS lulus undang-undang keselamatan sempadan

Bernama 12/05/2023 | 11:05 MYT
Dewan perwakilan meluluskan rang undang-undang itu, digelar Secure the Border Act menerusi undian 219-213, dengan dua Republikan menyertai Demokrat sebagai pembangkang. -Gambar fail/Wikipedia
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis meluluskan rang undang-undang keselamatan sempadan ketika ribuan pendatang yang berkumpul di sempadan Amerika Syarikat - Mexico menunggu untuk memasuki negara itu selepas polisi imigresen Title 42 tamat tempoh lewat petang itu, lapor Sputnik.

Dewan perwakilan meluluskan rang undang-undang itu, digelar Secure the Border Act menerusi undian 219-213, dengan dua Republikan menyertai Demokrat sebagai pembangkang.

Rang udang-undang itu akan menyambung semula pembinaan tembok sempadan AS-Mexico, memperluaskan kesalahan jenayah yang membatalkan kelayakan individu mendapatkan suaka, dan mewujudkan sistem pengesahan elektronik untuk majikan bagi menentukan kelayakan pemohon.

Dewan meluluskan rang undang-undang itu beberapa jam sebelum dasar era COVID Title 42, yang membenarkan pihak berkuasa AS menolak kemasukan pendatang demi kepentingan kesihatan awam, tamat tempoh.

--BERNAMA-SPUTNIK



#Amerika Syarikat #Dewan Perwakilan Amerika Syarikat #rang undang-undang keselamatan sempadan #polisi imigresen Title 42