awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi tubuhkan pasukan petugas, siasat cubaan bunuh Trump

Bernama
Bernama
25/07/2024
08:40 MYT
Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi tubuhkan pasukan petugas, siasat cubaan bunuh Trump
Trump terselamat dalam kejadian cubaan membunuhnya ketika beliau sedang berkempen di negeri Pennsylvania pada 13 Julai. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu sebulat suara mengundi untuk menubuhkan pasukan petugas dwipartisan yang bertanggungjawab menyiasat cubaan bunuh bekas Presiden Donald Trump, lapor Agensi Anadolu.
Resolusi itu telah diluluskan dengan undian 416-0.
Pasukan petugas ini akan dianggotai 13 ahli Dewan dan dijangka merangkumi tujuh ahli Republikan dan enam daripada Demokrat, serta mempunyai kuasa sepina.
Pasukan terbabit akan cuba mengenal pasti masalah atau kegagalan pada 13 Julai apabila seorang lelaki bersenjata berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Thomas Matthew Crooks melepaskan tembakan ketika Trump sedang berkempen di negeri Pennsylvania.
Dalam kejadian itu sekurang-kurangnya seorang penonton terbunuh.
Pasukan petugas juga akan berusaha memastikan akauntabiliti bagi kelemahan keselamatan dan mencari cara mencegah kegagalan pada masa hadapan.
Ia akan membuat cadangan kepada agensi persekutuan dan mengesyorkan sebarang undang-undang yang diperlukan bagi melaksanakan pembaharuan.
Pasukan petugas terbabit dijangka menghasilkan laporan pada Disember.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cubaan bunuh
#Donald Trump
#Dewan Perwakilan AS
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan