"Di Venezuela hanya ada satu Presiden dan namanya Nicolas Maduro” - Naib Presiden

Rodríguez menegaskan, Maduro kekal sebagai “satu-satunya Presiden Venezuela” dan mengutuk serangan AS sebagai “pencerobohan bersenjata terhadap negara kami.” - Gambar fail Reuters
CARACAS: Dalam reaksi balas susuan penangkapan Presiden Nicolas Maduro, Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodríguez menegaskan, Maduro kekal sebagai “satu-satunya Presiden Venezuela” dan mengutuk serangan AS sebagai “pencerobohan bersenjata terhadap negara kami.”
“Di Venezuela, hanya ada satu Presiden dan namanya Nicolas Maduro,” katanya dalam siaran langsung televisyen negara.
Rodríguez turut mengumumkan, Majlis Pertahanan Negara telah diaktifkan dan menyeru rakyat bertenang serta bersatu.
“Kepada Venezuela, kepada rakyat kami: Kerajaan yang sah tetap jelas di sini,” katanya sambil menegaskan negara terbuka kepada dialog yang berlandaskan undang-undang dan saling menghormati.
Beliau menambah, kerajaan “bersedia mempertahankan” Venezuela selepas Presiden Donald Trump mengumumkan Amerika Syarikat akan “mentadbir” negara itu sehingga peralihan kuasa berlaku. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


