Didakwa memandu melulu, Menteri Kehakiman New Zealand letak jawatan

Bernama
Julai 24, 2023 02:00 MYT
Kiri Allan (kiri) meletak jawatan pada Isnin selepas didakwa memandu secara melulu dan menghalang daripada ditahan. Beliau baru sahaja seminggu kembali ke pejabat selepas berehat bagi menangani isu kesihatan mentalnya. - Gambar AP
WELLINGTON: Menteri Kehakiman New Zealand, Kiri Allan meletak jawatan pada Isnin selepas didakwa memandu secara melulu dan menghalang daripada ditahan.
Beliau baru sahaja seminggu kembali ke pejabat selepas berehat bagi menangani isu kesihatan mentalnya, lapor Xinhua.
Pada pukul 9 malam waktu tempatan hari yang sama, Allan terlibat dalam kemalangan kereta di Wellington dan ditahan di Balai Polis Pusat Wellington tetapi dibebaskan kira-kira 1 pagi Isnin.
"Allan didakwa menggunakan kenderaan bermotor secara cuai dan enggan mengikut arahan pegawai polis. Ujian penafasannya juga mencatat tahap yang dianggap sebagai pelanggaran undang-undang," kata polis.
Sementara itu, Perdana Menteri, Chris Hipkins dalam satu kenyataan berkata: "Walaupun tindakannya tidak boleh dimaafkan, saya dimaklumkan bahawa menteri wanita itu mengalami tekanan emosi yang melampau semasa kejadian." - BERNAMA
#Menteri Kehakiman New Zealand #Kiri Allan #letak jawatan #memandu melulu