awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dihukum ketuk ketampi kerana kencing merata

Agensi
Agensi
10/11/2019
04:26 MYT
Dihukum ketuk ketampi kerana kencing merata
Pada 2015, seramai 109 individu ditangkap di Agra, Uttar Pradesh kerana kencing di tempat awam. - Foto Agensi
Seorang pemandu tuk-tuk, kenderaan roda tiga di India dan penumpangnya dihukum melakukan ketuk ketampi oleh petugas majlis perbandaran selepas ditangkap membuang air kecil di tempat terbuka.
Kedua-dua lelaki terbabit melakukan perbuatan itu di bahu jalan Indore, Madhya Pradesh.
Mereka turut dikenakan denda 250 Rupee (kira-kira RM15).
Kencing merata-rata adalah satu kesalahan di Indore.
Pada 2015, seramai 109 individu ditangkap di Agra, Uttar Pradesh kerana kencing di tempat awam.
Mereka yang ditangkap bukan sahaja ditahan selama hampir 24 jam di balai polis tempatan, malah turut didenda sehingga 500 Rupee (kira-kira RM30).
Kebanyakan mereka ditangkap ketika membuang air kecil di atas platform dan landasan kereta api.
Perdana Menteri, Narendra Modi telah melancarkan kempen Swachh Bharat (India Bersih) pada 2014 untuk mempromosi kempen kebersihan dan berjanji akan membina jutaan tandas merentasi negara itu.
Namun, kempen itu dilihat gagal menyedarkan penduduk negara berkenaan yang lebih selesa memilih berak dan kencing di kawasan terbuka, - Agensi
Topic Berkaitan
#India
#kencing merata
#ketuk ketampi
#Madhya Pradesh
#Narendra Modi
#Perdana Menteri
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan