Dikatakan mirip Putera Mateen, wajah penjual ais krim ini gamit perhatian warga siber

Maskulin
Februari 4, 2024 05:30 MYT
Penjual ais krim di Gunung Bromo yang tular di media sosial kerana memiliki wajah mirip Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah. -Maskulin
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia pula tiada siapa yang tahu. Atau mungkin pada wajah yang menyerupai seorang putera raja?
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Indonesia yang memiliki wajah kacak dan tampan seiras seorang putera raja yang cukup dikenali ramai.
Seorang penjual ais krim di Gunung Bromo, di wilayah Jawa Timur, telah menjadi tular di laman media sosial karena dianggap memiliki wajah yang mirip dengan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.
Memetik laporan dari portal berita Indonesia, Okezone, sebuah video telah tular menerusi platform TikTok.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok @nareswara.tpuraandtravel, peniaga tersebut dilihat sibuk menyediakan ais krim yang dipesan pembeli.
Lelaki tersebut yang mengenakan jaket ungu dan topi hitam itu sesekali terlihat tersenyum ke arah kamera selepas menyedari dirinya sedang dirakam.
“Bertuah sebulan kerana bertemu dengan ‘Putera Mateen’ di Bromo,” kata keterangan video tersebut secara berseloroh.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang bersetuju bahawa wajah pemuda tersebut mirip Putera Mateen.
“Sangat seiras!” kata seorang pengguna laman media sosial. -Maskulin
#Putera Mateen #wajah seiras #penjual ais krim #Gunung Bromo