DUNIA
Dikritik kerana gaya hidup anak serba mewah, PM Mongolia undur diri dari jawatan
Luvsannamsrain Oyun-Erdene telah meletak jawatan susulan protes berminggu-minggu yang dicetuskan oleh paparan kekayaan mewah keluarganya. - Gambar fail Reuters
MOSCOW: Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrain Oyun-Erdene telah meletak jawatan susulan protes berminggu-minggu yang dicetuskan oleh paparan kekayaan mewah keluarganya, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan akhbar "Financial Times" pada Selasa.
Menurut laporan itu, Oyun-Erdene gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Selasa apabila hanya memperoleh 44 undi daripada 64 yang diperlukan.
Peletakan jawatan itu menyusul selepas protes berterusan berikutan hantaran di media sosial yang memaparkan gaya hidup mewah anak lelakinya yang berusia 23 tahun, termasuk menaiki helikopter, memiliki beg tangan berjenama dan kereta mewah.
Berucap di Parlimen, Oyun-Erdene yang menerajui Mongolia sejak 2021 menyentuh mengenai pencapaian ekonomi, termasuk peningkatan hasil eksport dan pertumbuhan KDNK, namun mengakui beliau kurang memberi perhatian terhadap isu-isu sosial.
-- BERNAMA

#PM Mongolia
#Luvsannamsrain Oyun-Erdene
#PM Mongolia letak jawatan
#gaya hidup mewah anak
#kekayaan keluarga