Skip to main content

Dunia

Dinosaur gergasi baharu ditemui di Thailand, terbesar di Asia Tenggara

Artist reconstruction of the Cretaceous Period sauropod dinosaur Nagatitan chaiyaphumensis, whose fossils were unearthed in Thailand, seen in this illustration released on May 14, 2026. Nagatitan is the largest dinosaur ever found in Southeast Asia. Patchanop Boonsai/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT
Ilustrasi artistik menunjukkan dinosaur sauropod Zaman Kapur, Nagatitan chaiyaphumensis, yang fosilnya ditemui di Thailand. - Foto REUTERS

BANGKOK: Sekumpulan saintis mengenal pasti spesies baharu dinosaur gergasi berleher panjang hasil penemuan fosil di timur laut Thailand, yang dipercayai sebagai dinosaur terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara.

Dinosaur tersebut dinamakan Nagatitan chaiyaphumensis dan dianggarkan seberat kira-kira 27 tan, bersamaan sembilan ekor gajah Asia dewasa, serta berukuran sekitar 27 meter panjang.

Penemuan ini dibuat oleh pasukan penyelidik dari United Kingdom dan Thailand berdasarkan fosil yang ditemui berhampiran sebuah kolam kira-kira sedekad lalu.

Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports.

Nagatitan tergolong dalam kumpulan sauropod, iaitu dinosaur herbivor berleher dan berekor panjang yang juga merangkumi spesies terkenal seperti Diplodocus.

Menurut penyelidik utama, Thitiwoot Sethapanichsakul dari University College London (UCL), dinosaur ini hidup sekitar 100 hingga 120 juta tahun lalu, jauh lebih awal daripada Tyrannosaurus rex dan kira-kira dua kali ganda saiznya.

 

Image
Researcher Thitiwoot Sethapanichsakul poses with a front leg bone, or humerus, of the Cretaceous Period sauropod dinosaur Nagatitan chaiyaphumensis at the Sirindhorn Museum in Kalasin Province, Thailand, in 2024, in a photograph released on May 14, 2026. Thitiwoot Sethapanichsakul/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT
Penyelidik Thitiwoot Sethapanichsakul bergambar bersama tulang kaki hadapan (humerus) dinosaur sauropod Zaman Kapur, Nagatitan chaiyaphumensis, di Muzium Sirindhorn, Wilayah Kalasin, Thailand. - Foto REUTERS

Beliau turut menyifatkan spesies itu sebagai “titan terakhir” Thailand kerana fosilnya ditemui dalam lapisan batuan paling muda yang mengandungi tinggalan dinosaur di negara tersebut.

“Lapisan batuan yang lebih muda selepas ini mungkin tidak lagi mengandungi fosil dinosaur kerana kawasan itu telah menjadi laut cetek,” katanya.

Nama Nagatitan chaiyaphumensis diambil daripada “naga”, makhluk mitos Asia Tenggara, “titan” daripada mitologi Yunani yang merujuk kepada gergasi, dan Chaiyaphum, wilayah penemuan fosil tersebut.

Saintis percaya penemuan ini membantu memahami bagaimana perubahan iklim purba, termasuk suhu global yang tinggi dan peningkatan karbon dioksida, membolehkan dinosaur bersaiz besar berkembang.

Penemuan ini juga mengukuhkan kedudukan Thailand sebagai antara negara utama di Asia dalam penyelidikan fosil dinosaur, dengan Nagatitan menjadi spesies ke-14 yang dinamakan di negara itu.
 

Must Watch Video