awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diplomasi pertahanan, perbincangan peringkat global penting untuk kekalkan keamanan - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
11/09/2024
21:00 MYT
Diplomasi pertahanan, perbincangan peringkat global penting untuk kekalkan keamanan - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata keselamatan dan keamanan hari ini melibatkan kawasan yang lebih besar dan tidak terhad dalam sempadan sesebuah negara. - Foto BERNAMA
SEOUL: Diplomasi pertahanan seperti perbincangan peringkat global dan rundingan meja bulat semasa Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024, menjadi kunci untuk memastikan keamanan dan keselamatan berterusan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata SDD menyediakan platform untuk berkongsi cabaran ancaman keselamatan dan bertukar-tukar maklumat pertahanan antara satu sama lain.
"Sebagai contoh, penganjuran sesi SDD 2024 membolehkan negara-negara mengetengahkan cabaran yang dihadapi.
"Cabaran, isu dan risiko ini, dibawakan untuk perbincangan bersama berdasarkan pengalaman masing-masing," katanya kepada pemberita selepas penutup SDD pada Rabu.
Mohamed Khaled berkata keselamatan dan keamanan hari ini melibatkan kawasan yang lebih besar dan tidak terhad dalam sempadan sesebuah negara.
Beliau berkata setiap mesyuarat dan persidangan pertahanan yang dianjurkan, juga akan dapat memastikan kejayaan diplomasi pertahanan.
Mohamed Khaled berkata diplomasi pertahanan sememangnya pendekatan strategik untuk menjaga keamanan dan memastikan sesebuah negara dihormati negara rakan dan juga pihak lawan.
"Ia bukan sahaja membantu mengekalkan keamanan tetapi juga terbukti membantu ketika situasi konflik dan perkara lain yang berkaitan," katanya.
SDD telah berkembang menjadi satu platform antarabangsa untuk integrasi dan perpaduan, membincangkan pelbagai isu global secara mendalam. Ia disertai 900 perwakilan daripada 64 negara, termasuk wakil bertaraf menteri daripada lapan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diplomasi pertahanan
#dialog pertahanan seoul
#Mohamed Khaled Nordin
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan