awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah dengan keluarga
Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diplomat akui rundingan nuklear Iran memberangsangkan

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2021
22:25 MYT
Diplomat akui rundingan nuklear Iran memberangsangkan
Amerika di bawah pentadbiran Joe Biden komited mahu menyertai semula Perjanjian Nuklear Iran 2015. - Gambar fail AP
DIPLOMAT China, Jerman, Perancis, Rusia dan Britain mengakui rundingan Nuklear Iran mencatatkan perkembangan memberangsangkan.
Tumpuan kini ke arah mengembalikan Amerika Syarikat (AS) dalam perjanjian 2015 itu.
Namun negara terlibat mendedahkan masih banyak mesyuarat susulan perlu dilaksanakan sebelum persetujuan dicapai.
“Kita tidak perlu menjangkakan kejayaan besar dalam tempoh beberapa hari akan datang. Kita cuma perlu meneruskan tugas diplomatik.
"Kami mempunyai sebab untuk menjangkakan hasil rundingan akhir sebagai berjaya, dalam masa beberapa minggu lagi,” kata diplomat Rusia, Mikhail Ulyanov, di Vienna, pada Sabtu.
Amerika Syarikat tidak menghantar wakil di pertemuan ini kerana keengganan Iran untuk mengadakan rundingan langsung.
Negara itu mengumumkan untuk menarik diri di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump pada 2018.
Serentak itu, Trump turut mengenakan semula sekatan ke atas Tehran.
Namun Amerika di bawah pentadbiran Joe Biden komited mahu menyertai semula perjanjian nuklear tersebut.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Joe Biden
#Rusia
#Iran
#Jerman
#presiden
#perjanjian nuklear
#Amerika Syarikat
#China
#tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan