Disney dedah lagi tarikan yang akan wujud di 'Avengers Campus'

Faris Danial Razi
Ogos 26, 2019 21:20 MYT
Taman Tema berkonsepkan adiwira Marvel ini mewujudkan teknologi untuk membolehkan orang biasa direkrut untuk merasai pengalaman sebagai seorang adiwira dan dijangka siap seawal tahun 2020. - Gambar Twitter @disneyparks
KALAU dulu kita hanya menonton siri adiwira Marvel pun sudah teruja, bagaimana pula jika kita merasai sendiri pengalaman untuk menjalankan tugas adiwira tersebut?
Bayangkan sahaja jika taman tema Disneyland yang menambah elemen Star Wars Universe pun sudah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan, apatah lagi dengan bahagian Marvel Cinematic Universe (MCU) yang tidak lama lagi akan ditambah ke Walt Disney World.
MCU adalah satu projek besar yang akan muncul di Disneyland Resort. Ketika acara yang dijalankan di Ekspo D23 pada Isnin, Disney mendedahkan bahawa sebuah taman tema dikenali sebagai Kampus Avengers akan dibuka di mana Spider-Man menjadi antara tarikannya selain Ant-Man dan Iron-Man.
Menurut Pengerusi Disney, Bob Chapek, kampus bertemakan Marvel akan tiba di Disney California Adventure, Walt Disney Studios Park, dan Disneyland Paris pada tahun 2020, serta di Hong Kong Disneyland menjelang 2023.
“Tarikan Kampus Avengers ini bakal membuatkan anda rasai sendiri bagaimana jika memiliki ‘super power’ sepertimana Spider-Man dengan kuasa labah-labahnya,” tambah Disney.

Details revealed for Avengers Campus & other experiences planned for @Disneyland: https://t.co/cuRxPsBd4P #D23Expo pic.twitter.com/ImF49CKs5V

— Disney Parks (@DisneyParks) August 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

New super hero experiences planned for Disney Parks around the world were just announced. Full story: https://t.co/YRn1LCd2pV #D23Expo pic.twitter.com/jasfu9n60l

— Disney Parks (@DisneyParks) August 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sudah tentu, kita tidak mempunyai kuasa luar biasa tersebut dan ini adalah inisiatif Avengers untuk mewujudkan teknologi bagi membolehkan orang biasa direkrut untuk menjadi adiwira.
Walaupun masa depan Spider-Man dipersoalkan pada masa ini, namun identiti Spider-Man nampaknya telah sah didedahkan dan di dalam tarikan tema tersebut, Peter Parker dan Spider-Man akan dimainkan dalam dua watak berbeza.
Ia juga seolah-olah disahkan bahawa cerita yang disenaraikan untuk Taman Tema Avengers tidak mempunyai sebarang kaitan dengan filem Marvel Cinematic Universe, kerana watak-watak lain seperti Black Widow, Loki, dan Iron Man juga akan dilihat di Disney California Adventureland baharu.

Find heroic encounters throughout the Avengers Campus, including Black Widow, Ant-Man and The Wasp, Doctor Strange, the Guardians of the Galaxy, Super Heroes from Wakanda and Asgard, and Iron Man: https://t.co/YRn1LCd2pV #D23Expo pic.twitter.com/tdkWovYR60

— Disney Parks (@DisneyParks) August 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Persembahan 'D23 Expo' juga mengesahkan kemunculan adiwira Doctor Strange yang diumumkan sebelum ini, walaupun tiada butiran mengenai apa yang akan terjadi.
Selain itu, pengunjung juga bakal menyaksikan Quinn Jet dan mengalami sendiri pengalaman untuk terbang ke Wakanda iaitu tempat asal Black Panther.
Sudah tentu, tidak semuanya akan berjalan seperti yang dirancang dan pengunjung mungkin akan mempertikaikan mengapa tidak kesemua pahlawan Marvel tidak didedahkan, namun dengan mendengar sendiri kejutan dan tarikan yang bakal dirasai ini sudah pastinya menjadi berita baik buat para peminat Marvel.
#Ant-Man #D23 #Disney #Disneyland #Iron-Man #Marvel #Marvel Cinematic Universe #Spider-Man #Walt Disney Studios Park