DUNIA

Disney haram penggunaan monopod di taman tema

Syafique Shuib 27/06/2015 | 07:48 MYT
Disney tidak membenarkan penggunaan monopod selepas sebuah roller coaster terpaksa diberhentikan selepas seorang penumpang keluarkan monopod. -AFP PHOTO/Ed Jones
DISNEY telah mengharamkan penggunaan kayu selfie, atau monopod, di taman temanya di seluruh dunia bermula Selasa.
Lapor akhbar USA Today, Disney bertindak demikian atas sebab keselamatan.
“Kami sentiasa mahu menyediakan pengalaman yang indah untuk seluruh keluarga tetapi monopod itu telah menjadi kebimbangan ke atas keselamatan tetamu dan pelakon kami,” kata jurucakap Disney Kim Pruty dalam satu kenyataan.
Pengharaman itu berkuat kuasa pada Selasa bagi empat taman tema Walt Disney World di Florida, dua taman tema Disneyland di California dan DisneyQuest di Orlando.
Pengharaman monopod di taman tema Disneyland di Paris dan Hong Kong akan berkuatkuasa bermula 1 Julai.
Hotel dan resort milik Disney akan terus membenarkan penggunaan monopod.
Pada minggu lepas, sebuah roller coaster di sebuah taman tema Disney di California terpaksa diberhentikan separuh jalan selepas seorang penumpang mengeluarkan kayu monopod.
Beberapa netizen bersetuju dengan keputusan yang dibuat Disney, atas alasan keselamatan dan keselesaan penumpang ketika menaiki roller coaster.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang ragu-ragu dengan keputusan ini dan berpendapat bahawa mungkin Disney akan mencipta monopod mereka sendiri:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini kerana mereka telah beli monopod khusus untuk dibawa ke taman tema Disney:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Disney #Disney World #Disneyland #Monopod #selfie