DUNIA

Disney lantik ketua taman tema Josh D'Amaro sebagai CEO baharu

Bernama 03/02/2026 | 15:29 MYT
Disney telah melantik Josh D'Amaro (foto), ketua bahagian taman tema syarikat itu, untuk menggantikan Robert Iger sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) gergasi media global berkenaan. - Gambar fail/AP
LOS ANGELES: Disney telah melantik Josh D'Amaro, ketua bahagian taman tema syarikat itu, untuk menggantikan Robert Iger sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) gergasi media global berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Josh D'Amaro dilantik sebagai CEO Disney menggantikan Robert Iger.
  • D'Amaro sebelum ini ketua bahagian Disney Experiences yang menguruskan taman tema dan resort.
  • Robert Iger kekal sebagai penasihat Disney sehingga persaraan pada akhir 2026.


D'Amaro mengetuai bahagian Disney Experiences yang menguntungkan, yang menguruskan taman tema, resort, dan kapal persiaran syarikat sejak 2020.

Beliau akan memegang jawatan CEO mulai 18 Mac 2026, pada hari yang sama dengan mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai presiden Walt Disney World Resort dan menyertai Disney pada 1998.

Iger akan kekal di syarikat itu sebagai penasihat kanan dan ahli lembaga sehingga persaraannya pada akhir 2026, menurut Disney.

Syarikat itu juga berkata Dana Walden, yang kini pengerusi bersama Disney Entertainment dan sebelum ini dilihat sebagai pengganti berpotensi Iger, telah dilantik sebagai presiden dan ketua pegawai kreatif.

Keputusan penggantian ini mendapat perhatian di Hollywood selepas beberapa bulan spekulasi mengenai pengganti Iger.

-- BERNAMA



#Disney #Josh D'Amaro #ketua taman tema #CEO baharu