[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Disney tamatkan perkhidmatan 7,000 pekerja minggu ini

Bernama 28/03/2023 | 09:09 MYT
Bob Iger mengesahkan perkara berkenaan menerusi memo bahawa pemberhentian dilaksanakan dalam tiga peringkat. -Gambar fail/REUTERS
LOS ANGELES: Gergasi hiburan Amerika Syarikat (AS) Walt Disney akan mula mengeluarkan notis pemberhentian untuk lebih 7,000 kakitangan minggu ini, lapor Xinhua yang memetik Variety, pada Isnin.
Ketua pegawai eksekutif Disney Bob Iger mengesahkan perkara berkenaan menerusi memo bahawa pemberhentian dilaksanakan dalam tiga peringkat.
Selepas minggu ini, peringkat kedua membabitkan "lebih banyak" pekerja diberhentikan pada April dan peringkat terakhir akan berlaku "sebelum permulaan musim panas" menurut laporan itu.
Iger berkata Disney telah membuat "keputusan sukar" untuk mengurangkan tenaga kerja dan dilihat sebagai "sebahagian daripada penjajaran semula syarikat, termasuk langkah penjimatan kos untuk mewujudkan pendekatan yang lebih berkesan, diselaraskan dan diperkemas".
Disney mengumumkan penamatan perkhidmatan 7,000 pekerja pada 8 Feb yang mewakili sekitar 3.2 peratus daripada 220,000 pekerjanya di seluruh dunia.
Syarikat itu menyasarkan penjimatan kos US$5.5 bilion, termasuk penjimatan kandungan sebanyak US$3 bilion.
-- BERNAMA
#Disney #penjimatan kos #notis pemberhentian pekerja #Bob Iger