SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.
Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjimatkan kos sebanyak AS$5.5 bilion demi memberi ruang kepada keuntungan perniagaan penstrimannya. Pemberhentian itu mewakili anggaran 3.6 peratus tenaga kerja global Disney.
Memetik laporan Reuters, langkah-langkah itu termasuk janji untuk mengembalikan semula dividen para pemegang saham dan menangani beberapa kritikan daripada pelabur bahawa syarikat itu telah berbelanja berlebihan untuk penstriman.
Pada Rabu, Iger mengakui bahawa Disney mungkin terlalu agresif untuk memperoleh pelanggan penstriman video apabila tontonan di Televisyen semakin merosot.
Di bawah rancangan untuk mengurangkan kos dan mengembalikan kuasa kepada pimpinan kreatif, syarikat itu bakal disusun kepada tiga segmen; unit hiburan yang merangkumi filem, televisyen dan penstriman; unit ESPN berfokuskan sukan; dan taman tema, pengalaman serta produk Disney.
"Penyusunan semula ini akan menghasilkan pendekatan yang lebih kos efektif, diselaraskan kepada operasi dan kami komited untuk berjalan dengan cekap dalam persekitaran yang mencabar," kata Iger.
Bagaimanapun beliau berkata, penstriman kekal menjadi keutamaan Disney.
Syarikat itu merancang untuk mengurangkan AS$2.5 bilion dalam jualan dan perbelanjaan pentadbiran am serta kos operasi lain, satu usaha yang sedang dijalankan. Satu lagi penjimatan AS$3 bilion akan datang daripada pengurangan kandungan bukan sukan, termasuk pemberhentian pekerja.
Disney ialah syarikat media terbaharu yang mengumumkan pemberhentian kerja sebagai tindak balas kepada pertumbuhan pelanggan yang perlahan dan peningkatan persaingan penonton penstriman.
Disney sebelum ini melaporkan penurunan suku pertama 2022 dalam langganan untuk unit media penstriman Disney+ yang kerugian lebih AS$1 bilion.
Fahmi Izuddin
Thu Feb 09 2023

Pemberhentian itu mewakili anggaran 3.6 peratus tenaga kerja global Disney. - Foto fail/REUTERS

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Sambutan berlangsung selama tiga minggu bermula 28 Mei
Sambutan Hari Sarawak akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 28 Mei hingga 22 Julai.

Pusat setempat pelaburan, perniagaan dan pelancongan Sarawak
Sarawak tandatangan perjanjian sewaan pembukaan Perjabat Perdagangan & Pelancongan Sarawak (STATO) Brunei. Sekaligus menjadi 'one stop centre' untuk sebarang kerjasama.

Berbelanja di bazar Ramadan berpada-pada, elak pembaziran
Bazar Ramadan di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu meriah dengan pelbagai jualan. Pengunjung teruja dengan juadah ditawarkan, namun ambil langkah berjimat cermat dalam membeli.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

Dokumentari kisah legenda Marvel, Stan Lee akan dikeluarkan pada 2023
Disney telah mengumumkan pada hari Khamis, bahawa sebuah filem dokumentari akan dikeluarkan berdasarkan Stan Lee sempena ulangtahun kelahiran mendiang legenda Marvel tersebut yang ke-100.

Projek kontroversi Disneyland, di luar pengetahuan - Ab Rauf
Exco Kanan Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tidak mengetahui kewujudan projek pembinaan taman tema Disneyland yang mencetuskan kontroversi.

Disney bakal beku pengambilan, buang pekerja
Memetik laporan Reuters, berdasarkan memo yang dikeluarkan, ia susulan keadaan ketidaktentuan eknonomi.

COVID-19: Disney Resort Shanghai henti operasi
Semua pengunjung yang ada di premis tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan hanya dibenarkan beredar sekiranya keputusan negatif.

'Kami bukan nerd' - Remaja berkempen untuk lebih banyak emoji cermin mata
Lowri berkata emoji nerd merupakan stereotaip negatif bagi mereka yang memakai cermin mata, dan dianggap tidak adil.

Pemilik suara asal Darth Vader umum bersara selepas lebih 40 tahun bersama Star Wars
Pelakon veteran James Earl Jones yang menggunakan suaranya untuk watak Darth Vader dilaporkan bersara selepas lebih 40 tahun bersama filem bersiri Star Wars.

Dah tak larat, penyanyi Demi Lovato umum henti adakan konsert jelajah
Konsert jelajah tersebut sudah berlangsung selama sebulan, dan Lovato kini perlu menghabiskan siri terakhir di Amerika Syarikat.

Teaser filem The Little Mermaid terima lebih 1.5 juta tanda 'dislike'
Jumlah 'dislike' yang terlalu banyak pada teaser berkenaan telah menyebabkan YouTube menutup jumlah sebenar angka 'dislike' tersebut.

Mike Tyson dakwa drama TV curi kisah hidupnya
Drama itu menggambarkan Tyson dibuli ketika kecil dan sering dimasukkan ke dalam penjara ketika usia remaja.