DUNIA

Disney, Universal saman Midjourney atas pelanggaran hak cipta

Amanz 12/06/2025 | 03:30 MYT
Menurut saman yang difailkan, Midjourney didakwa menggunakan dan mengedarkan watak-watak daripada siri seperti Star Wars, Simpsons dan lain-lain melalui penjanaan berasaskan AI.
DISNEY dan Universal kini bersatu tenaga dan telah memfailkan saman ke atas penjana imej berasaskan kecerdasan buatan, Midjourney.

Saman difailkan disebabkan oleh Midjourney melanggar hak cipta, dan pada masa yang sama tidak mengendahkan permintaan untuk menghentikannya.

Saman berkenaan turut menyatakan Midjourney telah menggunakan dan mengedarkan watak-watak daripada siri seperti Star Wars, Simpsons dan lain-lain melalui penjanaan berasaskan kecerdasan buatan.

Midjourney juga dikatakan telah melanggar hak cipta.

Saman telah difailkan di Amerika Syarikat. Ia tidak diketahui lagi bilakah perbicaraan melibatkan perkara ini akan berlangsung.





#Disney #saman #Midjourney #Universal #hak cipta