Seorang ayah tergamak mendera bayinya sendiri hingga menemui ajal.
Dalam kejadian di Jakarta Barat, Indonesia, lelaki yang hanya dikenali sebagai MS, 23, ditangkap atas penganiayaan terhadap bayi berusia 3 bulan yang merupakan anak kandungnya sendiri.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, MS dilapor melakukan penderaan itu sejak anaknya berusia lebih sebulan.
"Berdasarkan keterangan pelaku, penganiayaan terhadap anaknya bukan dilakukan satu kali sahaja, tetapi ternyata pernah dilakukan pada saat bayi berumur satu setengah bulan, di mana kaki bayi dipatahkan oleh pelaku dan juga punggung," kata Ketua Polis Bahagian Kebon Jeruk AKP Erick Sitepu kepada wartawan di Mapolres Jakbar, Slipi, Jakarta Barat pada Isnin.
Katanya lagi, mangsa kerap dianiaya ketika isteri suspek, SK, memintanya menjaga bayi tersebut.
"Antara lain, bayi ini digigit tepat di wajah sebelah kiri, ada bekas gigitannya. Juga kemudian dipukul atau ditumbuk tepat di muka, sehingga menyebabkan hancur pada bahagian hidung dan bibirnya pecah.
"Kemudian tangan dan kakinya dipatahkan, ditarik dan dipulas berulang kali. Menurut keterangan suspek, dipulas hingga berbunyi 'krek' baru dia berhenti," kata Erick.
Mangsa meninggal dunia pada Sabtu, 27 April, di bawah jagaan suspek ketika isterinya ke pasar.
Namun ketika ditanya isterinya SK tentang keadaan anak mereka, suspek hanya berkata mangsa tersedak sebelum meninggal dunia.
Astro Awani
Tue May 07 2019

MS, 23, ditangkap atas penganiayaan terhadap bayi berusia 3 bulan yang merupakan anak kandungnya sendiri. -Foto Detik.com

JKDM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan - Mohd Na'im
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan.

"Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.
Fokus Minggu Depan: PRK Pelangai | Strategi perpaduan, cabaran perikatan
Tempoh berkempen bagai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bermula. Ikuti kupasan bagi memahami strategi jentera Kerajaan Perpaduan dan cabaran yang dihadapi Perikatan Nasional untuk menambat hati pengundi bersama Felo Kursi Institusi Raja Raja Melayu UiTM, Mujibu Abd Muis.

Masalah tangani media sosial tidak harus jadi alasan bendung hak media - Kumpulan wartawan & pemimpin media
Kumpulan wartawan dan pemimpin media memandang serius tindakan SKMM sejak kebelakangan ini yang memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita.
Fokus Minggu Depan: Debaran All Star Gegar Vaganza
Laporan langsung menjelang All Star Gegar Vaganza bersama Wartawan Astro AWANI, Asyraf Roslan.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.
Pusat multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin
Farm Fresh Bhd rancang membuka 10 pusat multidimensi di seluruh negara yang memberi manfaat kepada murid kurang bernasib baik.

Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.
Suara Rakyat: Ribuan penduduk beratur beli beras RM1
Di sebalik isu kekurangan bekalan beras dan peningkatan harga barangan dalam negara, penduduk di daerah Manjung Lumut, Perak hari ini cukup bertuah.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Ditumbuk dan dipulas hingga patah, bayi 3 bulan maut di tangan ayah sendiri
MS dilapor melakukan penderaan itu sejak anaknya berusia lebih sebulan.