awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doctors Without Borders desak gencatan senjata, beri penghormatan kepada rakan terkorban di Gaza

Agensi
Agensi
07/12/2023
05:00 MYT
Doctors Without Borders desak gencatan senjata, beri penghormatan kepada rakan terkorban di Gaza
Kakitangan MSF menggesa gencatan senjata di Gaza yang menyaksikanmana penduduk di wilayah itu terpaksa berjuang untuk terus hidup.- Gambar/ Reuters
NEW YORK: Kakitangan Doctors Without Borders (MSF) yang berpangkalan di Paris berhimpun di luar bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, pada Rabu untuk menggesa gencatan senjata berterusan di Gaza.
Pengarah Eksekutif Doktor Tanpa Sempadan Dr. Avril Benoît, berkata perhimpunan itu juga sebagai tanda penghormatan kepada rakan sekerja yang terkorban di Gaza.
“Kami menggesa gencatan senjata yang berterusan kerana setiap hari pengepungan dan keganasan berterusan di Gaza, perjuangan untuk terus hidup semakin terdesak.
“Apa yang dipanggil gencatan kemanusiaan tidak mencukupi. Gencatan selama seminggu dalam pertempuran baru-baru ini tidak bertahan dan kini kita melihat beberapa pengeboman lebih parah lagi,” katanya.
Dalam pada itu, MSF yang komited membantu mangsa konflik sejak lebih 50 tahun lalu menyifatkan konflik Gaza- Israel sebagai malapetaka, dengan keperluan perubatan dan kemanusiaan yang begitu besar.
“Akses orang ramai kepada bantuan menyelamatkan nyawa disekat dengan sengaja. Inilah sebabnya kita menyeru gencatan senjata di hadapan PBB sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, kanak-kanak memenuhi ruangan Hospital Nasser Gaza pada Rabu selepas serangan udara Israel memusnahkan kawasan perumahan di tengah Khan Younis.
Terdahulu, tentera Israel tiba di tengah-tengah bandar Khan Younis sekali gus memaksa orang awam Palestin untuk mencari perlindungan di tempat lain apabila bilangan kawasan selamat semakin berkurangan.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#PBB
#kekejaman israel
#Doctors Without Borders
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan