DUNIA
Doktor di England mulakan mogok lima hari ketika kes influenza meningkat
Para doktor menuntut kenaikan gaji dan penambahbaikan syarat pekerjaan, dengan mendakwa pendapatan mereka telah merosot secara ketara sejak lebih sedekad lalu. - Foto X/Standard News
LONDON: Doktor pelatih di England memulakan mogok selama lima hari bermula Rabu, ketika hospital-hospital di seluruh negara berdepan lonjakan kes influenza yang disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam sejarah perkhidmatan kesihatan negara itu.
Tindakan mogok ini merupakan kali ke-14 sejak pertikaian antara Kesatuan Perubatan British (BMA) dan kerajaan bermula pada Mac 2023.
Para doktor menuntut kenaikan gaji dan penambahbaikan syarat pekerjaan, dengan mendakwa pendapatan mereka telah merosot secara ketara sejak lebih sedekad lalu.
Menurut BMA, 83 peratus ahli yang mengundi menolak tawaran terkini kerajaan, menyebabkan mogok diteruskan dari 17 hingga 22 Disember.
Mogok ini dijangka memberi tekanan besar kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), yang kini sudah pun bergelut dengan peningkatan mendadak pesakit akibat gelombang influenza musim sejuk.
Menteri Kesihatan, Wes Streeting, menyifatkan tindakan mogok itu sebagai “mementingkan diri, tidak bertanggungjawab dan berbahaya”, sambil memberi amaran bahawa ia boleh menjejaskan nyawa pesakit yang memerlukan rawatan segera.
Hospital-hospital di seluruh England kini bersiap sedia menghadapi gangguan besar dalam perkhidmatan, termasuk penangguhan prosedur bukan kecemasan dan kekurangan tenaga kerja di jabatan kecemasan.