[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
INTERNATIONAL

Doktor di Gaza bersama isteri dan lima anak dibunuh secara kejam oleh Israel

Agensi 18/12/2023 | 23:00 MYT
Gambar kenangan Dr Mads Gilbert (kiri) bersama Dr Hani al-Haitham (kanan) dan seorang lagi rakan mereka yang dirakamkan pada 2019. - Gambar Twitter @DrMadsGilbert
SEORANG doktor dari Norway, Dr Mads Gilbert berkongsi berita sedih pemergian rakannya yang juga Ketua Perkhidmatan Kecemasan di Hospital al-Shifa yang ‘dibunuh secara kejam’ dalam serangan Israel.
Kesedihan tambah berganda kerana ahli keluarga Dr Hani al-Haitham juga antara mangsa keganasan tentera zionis itu.
“Rakan baik saya dan rakan sekerja yang dikasihi, Dr Hani al-Haitham, ketua jabatan kecemasan Shifa (Hospital al-Shifa) telah dibunuh dengan kejam oleh Israel, bersama isteri tercintanya, Dr Sameera Ghifari dan lima anak mereka Shireen, Tia, Sameer, Wafa [ dan] Sara.
“Tanpa belas kasihan, askar Israel yang pengecut membunuh tujuh lagi orang awam yang tidak bersenjata,” kata Gilbert di platform X. - Agensi
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Satu lagi serangan ke atas kita semua, ke atas semua manusia. Anda tidak akan dilupakan, kami berjanji: Kami akan membina semula Syifa, Gaza, Palestin!” ikrar Gilbert.
#Perang Palestin-Israel #doktor di Gaza #dibunuh secara kejam #israel serang gaza