DUNIA
Doktor Jerman didakwa bunuh 15 pesakit
Doktor berusia 40 tahun itu didakwa memberikan campuran ubat maut kepada mangsa berusia antara 25 hingga 94 tahun. - Gambar hiasan
BERLIN: Perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi membabitkan seorang doktor di Jerman yang dituduh membunuh 15 pesakit bermula di Berlin pada Isnin, mencetuskan perhatian meluas media dan kemarahan orang ramai, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Doktor penjagaan paliatif berusia 40 tahun itu didakwa membunuh 12 wanita dan tiga lelaki antara September 2021 dan Julai 2024.
Dia didakwa memberikan "campuran ubat yang membawa maut" kepada mangsa yang berusia 25 hingga 94 tahun.
Pendakwa raya turut menyiasat berpuluh lagi kes yang disyaki berkaitan dengan perbicaraan itu.
Mahkamah Wilayah Berlin menetapkan 35 sesi pendengaran sehingga Januari 2026, dengan sekurang-kurangnya 13 waris mangsa bertindak sebagai plaintif bersama dalam kes itu.
Kira-kira 150 saksi dijangka memberi keterangan.
Doktor itu dipercayai melakukan kesalahan semasa bertugas untuk perkhidmatan penjagaan di Berlin.
Peguam bela Christoph Stoll berkata doktor itu tidak akan memberikan sebarang kenyataan ketika prosiding dimulakan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perbicaraan kes pembunuhan membabitkan seorang doktor penjagaan paliatif di Jerman yang didakwa membunuh 15 pesakit bermula di Berlin, mencetuskan perhatian media dan kemarahan orang ramai.
- Doktor berusia 40 tahun itu didakwa memberikan campuran ubat maut kepada mangsa berusia antara 25 hingga 94 tahun, dengan siasatan turut melibatkan berpuluh kes lain yang disyaki berkaitan.
- Mahkamah menetapkan 35 sesi pendengaran sehingga Januari 2026 dengan 150 saksi dijangka tampil, manakala doktor terbabit tidak akan memberikan sebarang kenyataan semasa prosiding.