DUNIA
Doktor jual ketamin kepada Matthew Perry dipenjara 2 setengah tahun
Dr Salvador Plasencia tiba di mahkamah persekutuan untuk prosiding hukuman selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan mengedar ketamin kepada pelakon Matthew Perry sebelum kematiannya, di Los Angeles, California. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Seorang doktor di California dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun kerana menjual ketamin secara haram kepada pelakon Friends, Matthew Perry, beberapa minggu sebelum kematiannya akibat overdosis pada 2023.
Ringkasan AI
Hakim Persekutuan Sherilyn Peace Garnett turut mengenakan dua tahun pengawasan terhadap Dr Salvador Plasencia, 44, dalam prosiding mahkamah di Los Angeles.
Walaupun Plasencia bukan individu yang membekalkan dos maut kepada Perry, hakim menegaskan bahawa beliau “membantu Perry menuju pengakhiran tragis itu dengan terus menyokong ketagihannya.”
“Anda mengeksploitasi ketagihan Perry demi keuntungan sendiri,” kata Garnett.
Plasencia dibawa keluar dari mahkamah dalam keadaan bergari, manakala ibunya menangis teresak-esak di galeri awam.
Sebelum hukuman dijatuhkan, ibu Perry, Suzanne, dan dua adik perempuannya memberikan kenyataan penuh emosi.
“Dunia meratapi abang saya,” kata Madeleine Morrison.
“Pemergiannya meninggalkan kawah dalam hidup saya. Kehilangannya terasa di mana-mana.” Suzanne turut menyelar Plasencia kerana pernah menyifatkan Perry sebagai “bodoh” dalam mesej kepada doktor lain.
“Tiada apa yang bodoh tentang anak saya. Dia seorang penagih yang berjaya melawan ketagihannya,” katanya sambil menangis.
Plasencia merupakan tertuduh pertama daripada lima individu yang mengaku bersalah dalam kes berkaitan kematian Perry.
Empat lagi akan dijatuhi hukuman dalam perbicaraan berasingan dalam beberapa bulan akan datang.
Plasencia mengaku mengambil kesempatan terhadap Perry yang diketahui bergelut dengan ketagihan, malah mengaku menjual ketamin secara haram walaupun tahu Perry tidak lagi mendapat bekalan dari doktor asalnya.
Peguamnya menggambarkan dia sebagai seorang doktor berdedikasi yang bangkit daripada kemiskinan, namun mengakui tindakannya sebagai “kesilapan terbesar dalam hidupnya.”
Dalam kenyataan terakhirnya, Plasencia menangis sambil menyatakan penyesalan mendalam.
“Saya sepatutnya melindunginya,” katanya kepada keluarga Perry.
“Saya tak percaya saya berada di sini.”
Matthew Perry meninggal dunia pada usia 54 tahun selepas bertahun-tahun bergelut dengan ketagihan, yang bermula sejak zaman kegemilangannya dalam siri Friends.
Beliau terkenal dengan watak Chandler Bing, dan membintangi siri popular itu bersama Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan David Schwimmer selama 10 musim dari 1994 hingga 2004 di saluran NBC.
Ringkasan AI
- Dr. Salvador Plasencia dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun dan dua tahun pengawasan kerana menjual ketamin secara haram kepada pelakon Friends, Matthew Perry.
- Hakim menyatakan bahawa Plasencia, walaupun tidak membekalkan dos maut, telah membantu Perry dalam ketagihannya, serta mengeksploitasi situasi tersebut demi keuntungan peribadi.
- Plasencia merupakan individu pertama yang mengaku bersalah dalam kes berkaitan kematian Perry, manakala empat individu lain akan dihukum dalam perbicaraan berasingan tidak lama lagi.