Doktor keluarkan kupu-kupu yang tersekat dalam telinga lelaki

Astro Awani
April 30, 2021 04:03 MYT
Doktor berkenaan menggunakan penyepit kecil bagi mengeluarkan serangga itu. - Foto Newsflare via AP
SEORANG doktor di Bac Kan, Vietnam berjaya mengeluarkan seekor kupu-kupu yang tersekat di dalam salur telinga seorang lelaki.
Pesakit berkenaan mengadu mengalami kesakitan di bahagian telinga disebabkan seekor serangga.
Selepas pemeriksaan menyeluruh, Dr Dong menemui seekor kupu-kupu kecil yang tersekat di dalam salur telinga lelaki berkenaan.
Video yang dirakam menunjukkan doktor berkenaan menggunakan penyepit kecil bagi mengeluarkan serangga itu dalam insiden yang dipercayai berlaku pada 25 April lepas.
Doktor keluarkan kupu-kupu yang tersekat dalam telinga lelaki
#Doktor #kupu-kupu #salur telinga #tersekat