DUNIA
Doktor peribadi sahkan Trump miliki jantung seperti orang berusia 65 tahun
Jantung dan sistem vaskular Trump seperti individu berusia 65 tahun walaupun beliau kini berumur 79 tahun, menurut laporan doktor peribadinya. - Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bukan sahaja berada dalam keadaan kesihatan yang sangat baik, malah jauh lebih cergas berbanding usianya, menurut laporan doktor peribadinya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan rutin pada Jumaat di Hospital Tentera Walter Reed berhampiran ibu negara Washington, doktor Sean Barbabella menyimpulkan bahawa Trump mempunyai jantung dan sistem vaskular seperti individu berusia 65 tahun, meskipun beliau kini berumur 79 tahun.
Menurut laporan akhir Barbabella yang dikeluarkan oleh Rumah Putih, pakar daripada pelbagai bidang telah menjalankan pemeriksaan kesihatan menyeluruh terhadap Trump.
Hasilnya menunjukkan bahawa "Trump kekal berada dalam tahap kesihatan luar biasa, dengan prestasi sistem kardiovaskular, pernafasan, saraf dan fizikal yang kuat."
Laporan itu turut menyatakan bahawa sebagai presiden, Trump berada dalam keadaan sepenuhnya mampu melaksanakan jadual tugas harian yang padat.
Beliau juga menerima beberapa suntikan vaksin sebagai persediaan bagi lawatan luar negara yang akan datang, termasuk dos penggalak terhadap COVID-19.
Di AS, menjadi kebiasaan dalam proses politik bagi presiden untuk mendedahkan status kesihatan mereka kepada umum -- bukan kerana diwajibkan undang-undang, tetapi menjadi amalan tradisi yang sukar dielakkan oleh mana-mana pemimpin.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, timbul spekulasi mengenai tahap kesihatan beliau selepas tular imej menunjukkan lebam -- sebahagiannya dipercayai ditutup dengan solekan -- pada tangan serta kaki yang kelihatan bengkak.
Trump menjelaskan bahawa lebam itu berpunca daripada kekerapan bersalaman, manakala jurucakapnya, Karoline Leavitt, berkata ia disebabkan penggunaan ubat pencair darah.
Pada Julai lalu, Rumah Putih mengumumkan bahawa Trump mengalami "kekurangan vena kronik", iaitu keadaan yang tidak berbahaya, menjejaskan salur darah kaki dan biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berusia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump disahkan berada dalam kesihatan luar biasa, dengan jantung dan sistem vaskular seperti individu berusia 65 tahun walaupun beliau kini berumur 79 tahun, menurut laporan doktor peribadinya.
- Pemeriksaan kesihatan menyeluruh dilakukan di Hospital Tentera Walter Reed, melibatkan pakar pelbagai bidang, dan Trump juga menerima suntikan vaksin termasuk dos penggalak COVID-19 sebagai persediaan lawatan luar negara.
- Spekulasi mengenai lebam dan bengkak pada tubuh Trump dijelaskan sebagai kesan bersalaman dan penggunaan ubat pencair darah, manakala beliau turut didiagnosis dengan kekurangan vena kronik yang tidak berbahaya.