DUNIA
Doktor AS saksi sendiri kemusnahan Gaza jadi aktivis paling lantang – Pengerusi Rahma Worldwide
Letupan susulan serangan udara Israel ke atas Gaza pada Ahad. - foto/AP Jehad Alshrafi
KUALA LUMPUR: Ramai dalam kalangan doktor Amerika Syarikat (AS) yang mengikuti misi perubatan ke Gaza, pulang sebagai pejuang mesej kemanusiaan Palestin paling lantang.
Ringkasan AI
Pengerusi dan pengasas Rahma Worldwide, Sheikh Dr. Shadi Zaza berkata, ini merupakan suatu kejayaan besar dalam usaha untuk menghentikan perang yang berlangsung dan memberi kesedaran kepada pendudukan dunia.
“Kami percaya apabila doktor (warganegara) AS ikut kami ke Gaza untuk saksikan dengan mata sendiri perkara yang berlaku di sini (Palestin), adalah lebih berkesan (untuk memberi kesedaran) berbanding sekadar beritahu apa berlaku.
“Saya kenal ramai doktor yang mengikuti misi perubatan (ke Gaza) dan kembali (ke AS) melakukan kerja-kerja advokasi. Mereka menjadi saksi dari Gaza yang memberi gambaran jelas mengenai konflik di lapangan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Doktor AS saksi sendiri kemusnahan Gaza jadi aktivis paling lantang – Pengerusi Rahma Worldwide
Tambah Shadi, beliau menjadi saksi kepada semangat juang rakyat Palestin yang tidak pernah luntur sepanjang menjadi sasaran kekejaman zionis yang tiada henti.
“75 peratus Gaza musnah menyembah bumi. Misi pertama saya (sejak serangan Israel bermula pada Oktober 2023) pada Januari 2024, dan misi terakhir saya pada Ramadan tahun ini.
“Kemusnahan yang berlaku sangat buruk tetapi rakyat yang kekal bertahan di tanah air berkata mereka hanya dua pilihan iaitu hidup atau mati di sini (Palestin),” ujarnya.
Pada 16 Mei lalu, Israel melancarkan serangan terbaharu ke atas Gaza dengan membedil secara rambang kawasan berpenghuni dengan alasan menyasarkan pejuang Hamas.
Operasi ketenteraan yang dipertingkatkan itu telah menyebabkan jumlah korban rakyat Palestin meningkat kepada hampir 55,000 orang.
Dalam pada itu, setakat Ahad, rundingan gencatan senjata masih menemui jalan buntu selepas utusan khas AS ke Timur Tengah, Steve Witkoff dan Israel menolak bulat-bulat cadangan balas yang dikemukakan Hamas.
Agenda AWANI: Delivering hope: The struggle to aid Gaza
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Doktor AS Jadi Suara Kemanusiaan Palestin: Ramai doktor Amerika Syarikat yang menyertai misi perubatan ke Gaza pulang sebagai penyokong lantang isu Palestin, setelah menyaksikan sendiri penderitaan rakyat Gaza. Kemusnahan Teruk dan Semangat Juang Rakyat Gaza: Walaupun 75% Gaza musnah akibat serangan Israel, rakyat Palestin tetap berpegang pada semangat juang tinggi, memilih untuk terus bertahan di tanah air mereka. Konflik Berterusan dan Rundingan Gagal: Serangan terbaru Israel terus meningkatkan angka korban Palestin kepada hampir 55,000 orang, manakala rundingan gencatan senjata masih gagal mencapai kata sepakat.