DUNIA
Doktor tanpa sempadan hentikan operasi di Bandaraya Gaza
MSF menggesa agar keganasan dihentikan serta-merta dan langkah konkrit diambil untuk melindungi orang awam. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Badan kebajikan perubatan, Doktor Tanpa Sempadan (Medecins Sans Frontieres atau MSF) memutuskan untuk menggantung aktiviti perubatannya di Bandaraya Gaza berikutan kemaraan tentera Israel, menurut MSF dalam satu kenyataan.
"Kami tiada pilihan lain selain menghentikan aktiviti kami, kerana klinik-klinik kami telah dikepung oleh tentera Israel," kata Penyelaras Kecemasan MSF di Gaza, Jacob Granger seperti yang dipetik dalam kenyataan MSF pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Granger menekankan bahawa keperluan di Bandaraya Gaza adalah "sangat mendesak," dan bayi dalam rawatan neonatal, serta rakyat Palestin yang mengalami kecederaan parah dan penyakit yang mengancam nyawa, berada dalam bahaya serius berikutan keadaan keselamatan yang semakin merosot.
"Situasi ini termasuk serangan udara berterusan dan kemaraan kereta kebal kurang satu kilometer dari kemudahan penjagaan kesihatan kami. Serangan yang semakin meningkat daripada tentera Israel telah mewujudkan tahap risiko yang tidak boleh diterima oleh petugas kami, memaksa kami untuk menggantung aktiviti perubatan yang menyelamatkan nyawa," menurut MSF dalam kenyataannya.
MSF menggesa agar keganasan dihentikan serta-merta dan langkah konkrit diambil untuk melindungi orang awam serta menjamin akses tanpa halangan dan keselamatan bagi organisasi kemanusiaan yang beroperasi di Bandaraya Gaza.
Pada 22 Ogos, Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengesahkan tahap kebuluran yang dahsyat di Semenanjung Gaza buat kali pertama sejak konflik memuncak pada Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini