awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumentari 'Assassins' singkap pembunuhan Kim Jong Nam mula ditayangkan

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2021
06:16 MYT
Dokumentari 'Assassins' singkap pembunuhan Kim Jong Nam mula ditayangkan
Selepas hampir empat tahun kejadian pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, Kim Jong Nam, satu dokumentari yang menyingkap sisi sebenar di sebalik peristiwa itu. - Gambar fail
SELEPAS hampir empat tahun kejadian pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, Kim Jong Nam, satu dokumentari yang menyingkap sisi sebenar di sebalik peristiwa itu mula ditayangkan.
Dokumentari bertajuk 'Assassins' itu diarahkan pengarah dari Amerika Syarikat, Ryan White yang mengambil masa sehingga dua tahun setengah untuk melakukan siasatan terhadap suspek 'pembunuh upahan'.
Ia mula ditayangkan di pawagam dan tontonan secara digital bermula Jumaat.
Dokumentari itu memberi tumpuan kepada 'watak' suspek 'pembunuh upahan' dari Indonesia, Siti Aisyah dan Doan Thi Huong, dari Vietnam yang ditahan selepas didakwa meracun Jong Nam dengan menekup muka nya dengan bahan kimia VX.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Kim Jong Nam dibunuh di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tahun 2017 dan rakaman CCTV berjaya merekodkan kejadian.
Dokumentari itu juga mendedahkan, kejadian itu kekal misteri sehingga kini.
Kedua-dua suspek itu sebelum ini mendakwa mereka 'terperangkap' kerana menyangkakan tindakan meracuni Jong Nam sebagai sebahagian daripada rancangan program realiti.
Siti Aisyah bagaimanapun dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan membunuh abang tiri kepada pemimpin Korea Utara itu pada Mac 2019.
Sementara, Thi Huong dibebaskan pada Mei tahun sama.
Selain itu, pegawai Korea Selatan dan Amerika Syarikat bertegas tentera Korea Utara telah memerintahkan pembunuhan Jong Nam kerana mengkritik pemerintahan dinasti keluarganya.
Bagaimanapun, Pyongyang telah menolak tuduhan tersebut.
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#kim jong nam
#mati
#lelaki
#KLIA
#dokumentari
#Assassins
#Kim Jong Un
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan