awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Donald harus tangani isu baran, sila bertenang" - Greta Thunberg

Saraya Mia
Saraya Mia
06/11/2020
13:21 MYT
"Donald harus tangani isu baran, sila bertenang" - Greta Thunberg
Kenyataan yang dibuat melalui Twitter peribadi remaja 17 tahun dari Sweden itu adalah bagi membalas ciapan Trump tahun lalu, yang meminta perkara sama daripadanya. -Reuters
AKTIVIS alam sekitar, Greta Thunberg meminta Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk kekal tenang dan menangani sifat barannya.
Kenyataan yang dibuat melalui Twitter peribadi remaja 17 tahun dari Sweden itu adalah bagi membalas ciapan Trump tahun lalu, yang meminta perkara yang sama daripadanya.
“Ini tidak munasabah. Donald harus menangani isu baran, kemudian pergi tonton filem lama bersama kawan! Chill Donald, Chill!,” kata Thunberg dalam satu ciapan, lewat Khamis.
So ridiculous. Donald must work on his Anger Management problem, then go to a good old fashioned movie with a friend! Chill Donald, Chill! https://t.co/4RNVBqRYBA
— Greta Thunberg (@GretaThunberg) November 5, 2020
Ciapan berkenaan yang mendapat lebih 360,000 ciapan semula dan 1.4 juta tanda suka dibuat sebagai balasan bebenang kepada ciapan Trump yang mendesak supaya pengiraan undian bagi Pilihan Raya Presiden AS dihentikan.
Disember tahun lalu, Presiden AS itu secara sinikal meminta supaya aktivis remaja itu bertenang dalam isu pemanasan global, serta meminta agar dia pergi menikmati filem bersama kawan.
Susulan itu, Thunberg membalas permintaan Trump dengan menukar bio di akaun Twitter dengan ayat 'remaja yang sedang memperbaiki isu baran. Kini sedang bertenang sambil menonton filem lama bersama kawan.'
Topic Berkaitan
#Twitter
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#Tweet
#Greta Thunberg
#AS memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan