awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suami isteri warga emas didakwa miliki senjata api, peluru, dadah
Benzema 'mogok', berang ditawar kontrak pelik
Bidaan siri nombor plat "FH" dibuka Ahad ini - JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Donald Trump sahkan jalani imbasan MRI, namun enggan dedah punca pemeriksaan

Agensi
Agensi
27/10/2025
22:50 MYT
Donald Trump sahkan jalani imbasan MRI, namun enggan dedah punca pemeriksaan
Presiden Trump menjawab soalan wartawan dalam sidang media yang berlangsung di dalam pesawat Air Force One semasa dalam perjalanan ke Tokyo dari Kuala Lumpur, pada Isnin. - Gambar Reuters
TOKYO: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan beliau telah menjalani imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) semasa lawatan ke Pusat Perubatan Tentera Walter Reed baru-baru ini, namun, enggan menjelaskan sebab pemeriksaan itu dilakukan.
Trump, 79, yang kini dalam lawatan rasmi ke Asia, menyifatkan keputusan imbasan itu sebagai “sempurna” ketika bercakap kepada wartawan dalam penerbangan ke Tokyo.
“Saya buat MRI. Ia sempurna,” katanya ringkas, sambil meminta wartawan untuk “tanya doktor” mengenai sebab sebenar beliau perlu menjalani ujian tersebut.
Lawatan ke pusat perubatan itu pada 10 Oktober lalu merupakan pemeriksaan kesihatan kedua beliau tahun ini, berbeza daripada kebiasaan Presiden AS yang lazimnya hanya menjalani satu pemeriksaan menyeluruh setiap tahun.
Jurucakap White House tidak memberikan penjelasan lanjut, namun, memo rasmi daripada doktor peribadi Trump, Kapten Sean Barbabella menyatakan Presiden berada dalam “kesihatan yang luar biasa”, dengan prestasi kardiovaskular, paru-paru, neurologi dan fizikal yang kukuh.
Pemeriksaan tersebut turut merangkumi ujian makmal, penilaian kesihatan pencegahan dan suntikan vaksin selesema serta COVID-19 sebagai persediaan untuk lawatan luar negara.
Sebelum ini, White House pernah mendedahkan Trump mengalami pembengkakan di bahagian kaki dan lebam di tangan kanan, yang dikaitkan dengan keadaan biasa dikenali sebagai “chronic venous insufficiency” serta kesan daripada berjabat tangan secara kerap dan pengambilan aspirin.
Walaupun MRI bukan sebahagian daripada pemeriksaan rutin, Trump tetap menegaskan bahawa laporan kesihatannya adalah antara yang terbaik pernah diterima oleh doktor untuk individu seusianya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#imbasan MRI Trump
#pusat perubatan Walter Reed
#pemeriksaan kesihatan Presiden AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan