Donald Trump tamatkan hubungan dengan WHO

Agensi
Mei 30, 2020 15:47 MYT
Presiden AS, Donald Trump mengumumkan menamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam
Amerika Syarikat pada Jumaat menamatkan hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Presiden Donald Trump memaklumkan, Washington akan tamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam.
"Hari ini kami akan tamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam," kata Trump pada sidang media di White House pada Jumaat.

pic.twitter.com/mljmx2o0G7

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) May 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Awal Mei, Trump mengutus surat kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang antara lain mengancam akan memotong dana secara kekal dan mempertimbangkan semula keanggotaan jika badan antarabangsa itu tidak memberi komitmen terhadap gesaan mengenai penambahbaikan dalam masa 30 hari.
BACA: COVID-19: Trump dakwa China bertanggungjawab ke atas pembunuhan besar-besaran
BACA: Trump selar WHO sebagai 'boneka China'
Trump pada pertengahan April mengumumkan pentadbirannya akan menghentikan pembiayaan kepada WHO, tindakan yang menerima kritikan hebat di tengah-tengah dunia berdepan krisis kesihatan awam.
Data Johns Hopkins University mendedahkan, di Amerika sahaja lebih 1.7 juta kes COVID-19 dilaporkan dengan lebih 102,000 kematian.
#COVID-19 #Donald Trump #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #Tedros Adhanom Ghebreyesus #Washington #WHO