DUNIA

Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong

Bernama 09/02/2026 | 04:45 MYT
Nahas itu dilaporkan melibatkan helikopter AH-1S milik Tentera Darat Korea selatan. - Gambar hiasan/Flickr
GAPYEONG (Korea Selatan): Dua orang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kegagalan jantung pada Isnin selepas sebuah helikopter tentera terhempas di daerah utara Gapyeong, Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pegawai.

Helikopter itu terhempas padan11 pagi waktu tempatan di daerah berkenaan, kira-kira 55 kilometer di timur laut Seoul, mengakibatkan dua mangsa yang berada di dalam pesawat berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa insiden itu tidak melibatkan sebarang kebakaran atau letupan.

Nahas itu dilaporkan melibatkan helikopter AH-1S milik Tentera Darat.

-- BERNAMA




#egagalan jantung #helikopter terhempas #Gapyeong #Korea Selatan