DUNIA
Dua anggota bomba maut dalam kebakaran bangunan di Osaka

Dua anggota bomba terkorban dan empat cedera dalam kebakaran bangunan pelbagai tingkat di Dotonbori, Osaka. -Foto Reuters
OSAKA: Dua anggota bomba dilaporkan terkorban manakala empat lagi cedera dalam insiden kebakaran sebuah bangunan pelbagai tingkat di daerah pelancongan Dotonbori, Osaka, Jepun pagi Isnin.
Ringkasan AI
- Dua anggota bomba terkorban dan empat cedera dalam kebakaran bangunan pelbagai tingkat di Dotonbori, Osaka.
- Kebakaran bermula sekitar 9.50 pagi dan merebak ke bangunan bersebelahan, melibatkan 51 jentera bomba dan sebuah helikopter.
- Punca kebakaran masih disiasat, dengan saksi melaporkan bunyi letupan kecil dan kepulan asap tebal menarik perhatian orang ramai.
Dua anggota bomba dari Balai Bomba Naniwa, masing-masing berusia 22 dan 55 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di tingkat enam bangunan tersebut dan disahkan meninggal dunia di hospital.
Tiga anggota bomba lain serta seorang wanita turut cedera, namun berada dalam keadaan stabil.
Sebanyak 51 jentera bomba dan sebuah helikopter dikerahkan bagi memadamkan kebakaran yang memusnahkan kira-kira 110 meter persegi ruang bangunan, termasuk dari tingkat bawah hingga ke tingkat ketiga, serta tingkat kelima dan keenam bangunan bersebelahan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami