awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Villarreal CF anjur Kem ID APAC di Kuala Lumpur
Champions League: Bodø/Glimt cipta kejutan besar, tewaskan Manchester City 3-1 di Arctic Circle
SSPA tangani isu pendapatan boleh guna, perkasakan bakat penjawat awam - JPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota Pengawal Kebangsaan AS ditembak berhampiran White House, suspek ditahan

Bernama
Bernama
27/11/2025
01:30 MYT
Dua anggota Pengawal Kebangsaan AS ditembak berhampiran White House, suspek ditahan
Jalan ditutup susulan laporan mengenai dua anggota Pengawal Kebangsaan AS ditembak berdekatan White House di Washington, 26 Nov 2025. (Foto AP)
WASHINGTON: Dua anggota Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) ditembak berhampiran White House pada petang Rabu dan seorang suspek ditahan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Gabenor West Virginia, Patrick Morrisey dalam satu hantaran di platform X mendakwa kedua-dua anggota Pengawal Kebangsaan West Virginia itu telah meninggal dunia akibat kecederaan.
Namun kira-kira 20 minit kemudian, beliau menyatakan sedang "menerima laporan bercanggah" mengenai keadaan mereka.
Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Kash Patel memberitahu pemberita bahawa kedua-dua anggota berkenaan kini dalam keadaan kritikal.
Dalam satu hantaran di media sosial, Presiden AS Donald Trump berkata kedua-dua anggota itu sedang menerima rawatan di dua hospital berasingan, manakala penembak turut mengalami cedera parah.
Datuk Bandar Washington, DC, Muriel Bowser pada satu sidang media berkata kedua-dua anggota terbabit merupakan mangsa dalam satu insiden tembakan "disasarkan".
Insiden berlaku beberapa blok dari White House sekitar 2.15 petang waktu tempatan, menurut pihak berkuasa.
Susulan kejadian, Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth memaklumkan pada Rabu bahawa Trump mengarahkan beliau menempatkan 500 anggota Pengawal Kebangsaan tambahan ke Washington, DC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Pengawal Kebangsaan AS ditembak
#White House
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami