awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia sasar pengurangan kemiskinan sebagai fokus utama 2026
Kes mpox di Zambia cecah 367 sejak wabak pada Oktober 2024
55 juta penduduk Afrika Barat, Tengah berisiko kebuluran teruk pada 2026 - PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua daripada lima pekerja muda UK ambil cuti akibat lesu upaya

Bernama
Bernama
16/01/2026
20:15 MYT
Dua daripada lima pekerja muda UK ambil cuti akibat lesu upaya
Tinjauan oleh Mental Health UK mendapati lebih 9 daripada 10 responden melaporkan mengalami tahap tekanan yang tinggi atau melampau. - Foto hiasan
LONDON: Golongan muda di United Kingdom (UK) berdepan tekanan besar sama ada di tempat kerja mahupun di luar pekerjaan, dengan hampir dua daripada lima orang mengambil cuti dalam tempoh setahun lalu akibat masalah kesihatan mental yang berpunca daripada tekanan, lapor PA Media/dpa.
Tinjauan oleh Mental Health UK mendapati lebih 9 daripada 10 responden melaporkan mengalami tahap tekanan yang tinggi atau melampau.
Ketua pegawai eksekutif badan amal terkemuka itu, Brian Dow, memberi amaran yang usaha meningkatkan ekonomi tanpa menangani tekanan di tempat kerja adalah seperti "cuba memecut dengan brek tangan ditarik."
Beliau menggesa organisasi agar "bergerak lebih pantas" dalam menyokong pengurus untuk memulakan perbincangan mengenai kesihatan mental sebelum pekerja mengalami lesu upaya dan meninggalkan pekerjaan.
Laporan Lesu Upaya terkini oleh Mental Health UK, berdasarkan tinjauan YouGov melibatkan lebih 4,500 responden, menunjukkan seorang daripada lima pekerja mengambil cuti akibat masalah kesihatan mental berkaitan tekanan, sama seperti tahun lepas.
Pekerja berusia 25 hingga 34 tahun paling berisiko mengalami tekanan tinggi atau melampau (96 peratus), manakala golongan dewasa muda berusia 18 hingga 24 tahun juga melaporkan tahap tekanan yang tinggi, dengan 93 peratus mengalami tekanan dan 39 peratus mengambil cuti iaitu peningkatan tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pengasingan sosial, beban kerja yang tinggi dan kebimbangan terhadap pemberhentian kerja dikenal pasti sebagai faktor utama penyumbang, dengan hampir separuh golongan dewasa muda mengatakan rasa terasing di tempat kerja menjejaskan kesejahteraan mereka.
Masalah tidur (65 peratus), kebimbangan kewangan (64 peratus) dan rasa terasing secara sosial di luar kerja (60 peratus) turut dilaporkan.
Dow menegaskan yang walaupun golongan muda sering dilihat lebih terbuka untuk membincangkan isu kesihatan mental, ramai masih memilih untuk berdiam diri mengenai tekanan yang mereka alami.
"Pasukan latihan tempat kerja kami melaporkan yang golongan muda menghargai sesi semakan berkala mengenai beban kerja dan kesejahteraan, apabila pengurus mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk perbincangan," katanya.
Daripada mereka yang mengambil cuti, lebih satu perempat (27 peratus) tidak menerima sebarang sokongan apabila kembali bekerja dan kurang daripada satu daripada lima (17 peratus) mempunyai pelan rasmi kembali bekerja.
Seramai 18 peratus berkata kesihatan mental dianggap sekadar "latihan tanda kotak," manakala seorang daripada 10 merasakan ia langsung tidak diberi keutamaan.
Buat pertama kali, tinjauan itu bertanya kepada wanita sama ada simptom menopaus menyumbang kepada keletihan melampau.
Lebih dua pertiga (68 peratus) wanita berusia 45 hingga 54 tahun bersetuju, diikuti 35 peratus bagi mereka berusia 35 hingga 44 tahun dan 27 peratus bagi wanita berusia 55 tahun ke atas.
Dow berkata majikan berperanan penting dalam membantu pekerja kekal bekerja, namun pengurus "sering berasa tidak pasti untuk memulakan perbualan mengenai tekanan dan kesihatan mental."
--BERNAMA-PA Media/dpa
TAG: UK, dewasa muda, kesihatan mental, tekanan, cuti
Topic Berkaitan
#pekerja muda UK
#ambil cuti
#lesu upaya
#Mental Health UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan