DUNIA
Dua dekad perjanjian damai Helsinki, ada luka lama yang belum pulih di Aceh
Ketua Badan Reintegrasi Aceh, Jamaluddin berkata, "Aceh pada masa itu lebih kelam dari sekarang, pada ketika itu identiti orang Aceh sendiri telah hilang keberanian untuk memperkenalkan dirinya." - Astro AWANI/Seth Akmal.
BANDA ACEH: “Sejak sekolah rendah saya sudah melihat mayat... sehingga ke sekolah menengah. Saya merasai zaman 'kegelapan' itu. Jika sekarang, saya melihat mayat seperti hal biasa sahaja,” kata Pengasas Aceh Documentary, Azhari Abdul Ghani.
Azhari mengimbas kembali peristiwa pahit semasa era konflik antara sebilangan warga Aceh dan pemerintah Indonesia sebelum kedua-dua pihak mencapai perdamaian di Helsinki pada 15 Ogos 2005.
Beliau turut berkongsi kisah bagaimana dibelasah oleh pasukan Tentera Negara Indonesia (TNI) ketika pulang dari sekolah.
“Ketika subuh, saya pulang dari (sekolah) pondok untuk membeli minyak, di sebuah pos (keselamatan) saya diberhentikan, salah seorang anggota suruh saya jalan tetapi yang seorang lagi arahkan saya berhenti.
“Saya teruskan perjalanan kerana ada kereta kebal ingin keluar, kemudian saya dipanggil anjing, Saya berpatah balik ke arah anggota tersebut, kemudian saya dipukul di bahagian tubuh badan sehingga patah. Kadangkala rasa sakit itu saya dapat rasakan lagi,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau dan rakan-rakan adakalanya tertawa dengan insiden malang yang menimpa mereka, seolah-olah hal pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh pasukan keselamatan pemerintah pada ketika itu adalah perkara biasa.
Sebelum itu, Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang ditubuhkan pada 4 Disember 1976 oleh Hassan Di Tiro telah melakukan perlawanan secara gerila hampir empat dekad untuk menuntut kemerdekaan.
Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi (KKR) Aceh telah merekodkan lebih 6,000 testimoni merangkumi kes pembunuhan, penyeksaan, penculikan, keganasan seksual dan pelbagai bentuk pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku semasa konflik.
Sebahagian kes yang direkodkan adalah daripada orang awam yang tidak terlibat dengan GAM, namun tetap menjadi mangsa konflik.
Penyelaras Suruhanjaya Individu Hilang dan Mangsa Korban Penderaan (KontraS) Aceh, Azharul Husna merupakan antara mangsa yang membesar tanpa seorang bapa semasa konflik.
“Saya anggap ramai golongan muda di Aceh (semasa itu) kehilangan seorang ahli dalam keluarga (mereka).
“Sehingga kini, hanya 235 kes yang diambil tindakan maksudnya tidak sampai empat peratus kes diselesaikan oleh kerajaan.
“Mangsa konflik yang hilang secara paksa sehingga kini tidak dimaklumkan oleh kerajaan di mana ayah mereka, anak mereka, ibu mereka yang telah diculik oleh negara, mereka sampai hari ini menanggung kesakitan kerana kehilangan,” katanya.
Bukan sekadar isu pelanggaran hak asasi manusia, konflik tersebut turut meragut peluang ekonomi bagi warga Aceh sehingga mengakibatkan masyarakat secara majoriti berada dalam keadaan daif.
Ketua Badan Reintegrasi Aceh, Jamaluddin yang juga merupakan bekas komandan pasukan bersenjata GAM menyifatkan era konflik hampir 'menghilangkan' identiti orang Aceh.
“Aceh pada masa itu lebih kelam dari sekarang. Pada ketika itu, identiti orang Aceh sendiri telah hilang keberanian untuk memperkenalkan dirinya.
“Malah di luar negeri, orang Aceh lebih mudah perkenalkan dirinya sebagai orang Aceh tetapi di negara sendiri dia tidak berani memperkenalkan dirinya sebagai orang Aceh,” katanya.
Selepas termeterainya perjanjian damai, Aceh menjadi salah satu wilayah autonomi khas di Indonesia dengan hak istimewa termasuk pemerintahan sendiri, pengurusan sumber daya, pelaksanaan syariat Islam serta bendera dan lambang daerah tersendiri.
Untuk rekod, semua isi kandungan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Helsinki telah diterjemahkan ke dalam Undang-Undang Pemerintahan Aceh (UUPA) Akta no.11 2006.
Melalui akta tersebut, Pemerintah Pusat dan Negeri wajib memberikan bantuan berupa tanah, pekerjaan dan modal perniagaan di mana ia melibatkan mangsa konflik, bekas tahanan politik (tapol) dan bekas anggota bersenjata GAM.
Namun menurut Jamaluddin perkara tersebut masih tidak dilaksana sepenuhnya dan merencatkan proses perdamaian hampir dua dekad.
“Kerajaan seharusnya memberikan sebuah kawasan untuk diusahakan paling kurang 5,000 hektar supaya pertumbuhan ekonomi Aceh lebih baik.
“(Namun) Kerajaan Pusat memberikan tanah kepada bekas gerila GAM di kawasan yang terpisah seperti 50 hektar, 20 hektar, 100 hektar, ini menyukarkan kami untuk majukan kehidupan semasa pasca konflik.
“Ramai bekas ahli gerila GAM, bekas tahanan politik (Tapol), dan mangsa konflik bergerak secara berdikari. Negara kurang membantu mereka demi menyelesaikan isu pasca konflik ini.
“Jika bekas ahli GAM ingin melanjutkan pelajaran, mereka harus bersaing dengan mahasiswa yang lain terutama dalam hal untuk mendapatkan biasiswa dan kemasukan ke institusi pendidikan,” katanya lagi.
Menyentuh soal simbol dan maruah pula, GAM semasa berjuang untuk Aceh telah mengibarkan bendera Bintang Bulan sebagai lambang identiti Aceh.
Pada 25 Mac 2013, Dewan Perwakilan Rakyat Aceh (DPRA) secara rasmi meluluskan Qanun No. 3 Tahun 2013 yang menetapkan bendera dan lambang rasmi Aceh.
Dalam qanun tersebut telah menetapkan Bendera Bintang Bulan sebagai bendera rasmi Aceh namun telah ditentang oleh Pemerintah Pusat dan sehingga kini isu bendera tersebut menjadi polemik.
Perdamaian mungkin telah menamatkan perang, tetapi perjalanan Aceh menuntut keadilan, pengiktirafan identiti, dan pembinaan kehidupan baharu bagi mangsa konflik masih berlanjutan.
Tahun ini genap dua dekad selepas Helsinki, sejarah pahit itu tetap membentuk masa depan Aceh.