Dua ditikam di stesen kereta api Metro Washington - Laporan

Bernama
Ogos 24, 2022 04:30 MYT
Pihak berkuasa sedang menjejaki seorang suspek, lelaki berkulit gelap memakai baju lengan pendek biru tua. - Gambar hiasan/REUTERS
WASHINGTON: Dua individu dilaporkan ditikam dalam satu kejadian di stesen kereta api bawah tanah Metro Washington pada Selasa, lapor Sputnik.
Menurut Fox News, memetik Jabatan Polis Metropolitan (MPD), pegawai MPD tiba di lokasi kejadian dan menjumpai dua mangsa masing-masing lelaki dan wanita mengalami kecederaan.
Mangsa lelaki tidak sedarkan diri manakala wanita itu cedera ringan.
Kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Pihak berkuasa sedang menjejaki seorang suspek, lelaki berkulit gelap memakai baju lengan pendek biru tua, berseluar jeans biru dan membawa beg hijau.
--BERNAMA
TAG: AS, Washington, ditikam
#cedera ditikam #Washington #kereta api bawah tanah #metro