INTERNATIONAL

Dua jet tentera udara Perancis bertembung ketika latihan

Bernama 26/03/2025 | 04:10 MYT
Dua jet Alpha Tentera Udara Perancis bertembung ketika latihan berhampiran Saint-Dizier. -Sinar Harian
PARIS: Dua jet Alpha milik pasukan aerobatik Tentera Udara Perancis bertembung ketika sesi latihan berhampiran Saint-Dizier, timur Perancis pada Selasa, kata Menteri Pertahanan Sebastien Lecornu,


Ringkasan AI
  • Dua jet Alpha Tentera Udara Perancis bertembung ketika latihan berhampiran Saint-Dizier.
  • Kedua-dua juruterbang "Patrouille de France" terselamat selepas melenting keluar.
  • Pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian.


Kedua-dua juruterbang "Patrouille de France" terselamat selepas berjaya melenting keluar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

Pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Saint-Dizier, yang terletak kira-kira 200 kilometer ke timur Paris, merupakan lokasi sebuah pangkalan udara Perancis.

-- BERNAMA




#Tentera Udara Perancis #jet Alpha #pasukan aerobatik #Saint-Dizier #Patrouille de France