[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Dua juruterbang maut pesawat latihan tentera terhempas

Bernama 04/06/2024 | 11:05 MYT
Pesawat jenis SF-260D milik Markas Tentera Udara terhempas atas sebab yang tidak diketahui. - Gambar hiasan
ANKARA: Dua juruterbang terbunuh selepas sebuah pesawat latihan terhempas di tengah Turki, kata Kementerian Pertahanan Negara pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pesawat jenis SF-260D milik Markas Tentera Udara, yang berlepas dari Markas Pangkalan Utama Pengangkutan Udara ke-12 di Kayseri untuk latihan, terhempas atas sebab yang tidak diketahui, menurut kementerian itu dalam hantaran di platform X.

Usaha mencari dan menyelamat telah bermula, kata kementerian itu.

-- BERNAMA
#pesawat terhempas #pesawat tentera #Turki #juruterbang maut