awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa atas insiden bom

Bernama
Bernama
13/03/2025
05:15 MYT
Dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa atas insiden bom
Pada Khamis lalu, dua pesawat tempur KF-16 menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, mencederakan 38 orang. - Foto Reuters
SEOUL: Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa pada Khamis selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan minggu lalu, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.
Pada Khamis lalu, dua pesawat tempur KF-16 menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, mencederakan 38 orang termasuk 24 orang awam.
"Pasukan Penyiasatan Jenayah mengesahkan bahawa kesilapan juruterbang dalam memasukkan koordinat sasaran menjadi punca utama kejadian," lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian.
Dua juruterbang yang didakwa pada Khamis dikenakan pertuduhan kecuaian profesional sehingga menyebabkan kecederaan.
Dalam siasatan awal yang diumumkan pada Isnin, Tentera Udara memaklumkan bahawa pegawai berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang untuk menyedari kesilapan mereka selepas memasukkan koordinat sasaran yang salah sebelum berlepas.
Tentera Udara turut mengaitkan insiden itu atas kelemahan dalam pengurusan dan prosedur pemeriksaan, serta menggugurkan dua komander unit kerana gagal memberi arahan yang jelas kepada anggota bawahan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#juruterbang Tentera Udara Korea Selatan
#pengeboman secara tidak sengaja
#didakwa
#Pocheon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan