Dua kes baharu koronavirus di Korea Selatan

Agensi
Februari 5, 2020 09:16 MYT
Korea Selatan mencatatkan 18 kes novel koronavirus sehingga Rabu. - Suh Myung-geon/Yonhap via AP
Korea Selatan mengesahkan dua kes baharu novel koronavirus, melibatkan seorang lelaki yang berusia 38 tahun dan seorang wanita 21 tahun, pada Rabu.
Memetik laporan Channel News Asia, lelaki berkenaan dijangkiti koronavirus selepas melawat Singapura, bulan lalu kerana menghadiri persidangan kerja dari 18 hingga 24 Januari lalu.
Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, difahamkan lelaki itu makan bersama dengan seorang rakyat Malaysia yang disahkan positif koronavirus.
Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) memberitahu, lelaki itu merupakan kes ke-17 koronavirus di negara tersebut.
Manakala kes ke-18 pula melibatkan wanita berusia 21 tahun iaitu anak kepada seorang yang disahkan koronavirus.
[LAPOR LANGSUNG] Angka korban hampiri 500 di seluruh dunia
#Kes 17 #Kes 18 #Korea Selatan #koronavirus #lelaki #Singapura #wanita