awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK

Bernama
Bernama
05/11/2024
07:15 MYT
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Kes pertama negara itu dikesan di London minggu lalu, melibatkan seorang individu yang baru pulang dari percutian di Afrika dan tiba di UK pada 21 Okt. - Gambar hiasan/ Reuters
LONDON: Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), lapor PA Media/dpa.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes strain mpox Clade Ib yang disahkan di negara itu meningkat kepada tiga.
UKHSA memaklumkan bahawa risiko kepada populasi UK "kekal rendah" dan dua pesakit terbabit kini berada di bawah jagaan pakar di Guy's and St Thomas' NHS Foundation Trust, London.
Kes pertama negara itu dikesan di London minggu lalu, melibatkan seorang individu yang baru pulang dari percutian di Afrika dan tiba di UK pada 21 Okt.
Individu itu mengalami simptom seperti selesema lebih daripada 24 jam kemudian dan pada 24 Okt, mula mengalami ruam yang bertambah teruk pada beberapa hari berikutnya.
Kontak rapat bagi ketiga-tiga kes itu sedang dipantau oleh UKHSA dan organisasi lain, serta akan ditawarkan ujian, vaksinasi dan nasihat mengikut keperluan.
"Risiko keseluruhan kepada populasi UK kekal rendah.
"Kami sedang bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memastikan semua kontak kes dikenal pasti dan dihubungi bagi mengurangkan risiko penularan lanjut," kata penasihat perubatan utama di UKHSA, Profesor Susan Hopkins.
Strain Clade Ib mpox telah merebak secara meluas di Republik Demokratik Congo (DRC) sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan kes turut dilaporkan di Burundi, Rwanda, Uganda, Kenya, Sweden, India, dan Jerman.
Laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika menyatakan lebih 40,000 kes mpox direkodkan dengan hampir 1,000 kematian di Afrika sehingga akhir September 2024.
Pada minggu lalu, Setiausaha Kesihatan dan Penjagaan Sosial Wes Streeting berkata bahawa kerajaan sedang bekerjasama dengan UKHSA dan NHS "untuk melindungi orang awam dan mencegah penularan".
"Ini termasuk mendapatkan bekalan vaksin dan menyediakan panduan serta peralatan yang diperlukan oleh petugas penjagaan kesihatan untuk bertindak balas terhadap kes dengan selamat.
"Kami juga bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk menyokong negara yang terjejas bagi mencegah wabak seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#London
#United Kingdom
#mpox
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan