awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi terbunuh, korban wartawan di Gaza meningkat kepada 231

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2025
11:30 MYT
Dua lagi terbunuh, korban wartawan di Gaza meningkat kepada 231
Dua lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel, menjadikan jumlah keseluruhan wartawan dan petugas media yang terkorban sejak Oktober 2023 meningkat kepada 231 orang. -Gambar fail/AP
GAZA: Pejabat Media Kerajaan Gaza mengesahkan dua lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Dua lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel, menjadikan jumlah keseluruhan wartawan dan petugas media yang terkorban sejak Oktober 2023 meningkat kepada 231 orang.
  • Pejabat Media Gaza mengecam pembunuhan tersebut sebagai penyasaran terancang terhadap wartawan dan menyeru tindakan segera daripada komuniti antarabangsa.
  • Wartawan di Gaza kini berdepan risiko kelaparan, trauma dan kekurangan bekalan, dengan lebih 1,000 wartawan dan keluarga mereka turut menjadi mangsa serangan atau kehilangan tempat tinggal sejak konflik bermula.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan wartawan dan petugas media yang terkorban sejak Oktober 2023 meningkat kepada 231 orang.
Mangsa terbaharu dikenal pasti sebagai Tamer al-Za’anin, seorang jurufoto bebas yang berkhidmat dengan pelbagai organisasi media.
Turut menjadi korban keganasan rejim zionis ialah Walaa al-Jabari, editor akhbar yang turut menyumbang kepada beberapa penerbitan tempatan dan antarabangsa.
Dalam kenyataan rasmi yang disiarkan di Telegram, Pejabat Media Gaza mengecam tindakan tersebut sebagai pembunuhan sistematik dan penyasaran terancang terhadap wartawan Palestin oleh penjajah Israel.
Ia turut menyeru komuniti antarabangsa agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan kekejaman terhadap media.
Menurut laporan Al Jazeera dan AFP, wartawan di Gaza kini berdepan risiko kelaparan, keletihan melampau dan trauma akibat serangan berterusan serta kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.
Beberapa agensi berita antarabangsa turut menggesa Israel membenarkan pemindahan wartawan dari Gaza yang kini berada dalam keadaan tidak tertanggung.
Komuniti wartawan antarabangsa menyifatkan Gaza sebagai tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan, dengan lebih 1,000 wartawan dan ahli keluarga mereka turut menjadi mangsa serangan, kehilangan tempat tinggal, atau mengalami kecederaan serius sejak konflik bermula.
Topic Berkaitan
#Tamer al-Za anin
#korban wartawan
#Walaa al-Jabari
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan