Dua lelaki maut, lima cedera akibat ditembak di Narathiwat

Bernama
Jun 7, 2016 08:54 MYT
Dalam kejadian pada 11.50 malam itu Anuar Sulong, 49, dan penolongnya, Abdul Fatah Munak, 35, ditembak ketika sedang menggali telaga. -Gambar hiasan
Seorang ketua kampung dan penolongnya ditembak mati sekumpulan lelaki menaiki kenderaan pikap di Kampung Bangol Dokdung, Jok Irong di Narathiwat, selatan Thailand malam tadi.
Ketua Polis Jok Irong Kol Prawit Soseng berkata dalam kejadian pada 11.50 malam itu Anuar Sulong, 49, dan penolongnya, Abdul Fatah Munak, 35, ditembak ketika sedang menggali telaga.
"Kedua-dua mereka mati ketika menerima rawatan di Hospital Jok Irong, manakala tiga yang lain termasuk seorang renjer berusia 28 tahun cedera dalam kejadian sama," katanya pada pemberita hari ini.
Pasukan penyiasat polis katanya menemui 17 kelongsong peluru M-16 di lokasi kejadian dan akan memperhebat siasatan bagi memburu mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Di Sungai Golok pula menurut Prawit, dua lelaki sedang menaiki motosikal cedera selepas ditembak orang tidak dikenali dalam kejadian pada 12.15 tengah malam tadi.
#Jok Irong #Kampung Bangol Dokdung #Narathiwat #selatan thailand #tembak mati