DUNIA
Dua lori bantuan KHOM bakal tembusi Gaza melalui Jordan

Dua lori bantuan kemanusiaan Malaysia dijadualkan menembusi Gaza melalui Jordan. - Foto KHOM/Muhammad Irfan Azmi
ZARQA: Sebanyak dua buah lori sarat dengan bantuan kemanusiaan dijadualkan menembusi Gaza melalui pintu masuk Jambatan Raja Hussein, sebagai sebahagian daripada Operasi Degupan Jantung Gaza anjuran Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM) Malaysia.
Ringkasan AI
- Dua lori bantuan kemanusiaan Malaysia dijadualkan menembusi Gaza melalui Jordan, membawa 1,248 pek makanan dan 150 beg tepung untuk diagihkan oleh JHCO kepada penduduk terjejas.
- Tepung dianggap sebagai bahan paling kritikal, kerana roti merupakan makanan ruji penduduk Gaza; bantuan turut merangkumi makanan asas seperti minyak masak dan makanan dalam tin.
- Jumlah bantuan meningkat kepada lebih 3,000 kotak, dan KHOM menyeru orang ramai agar terus menyumbang selagi pintu masuk ke Gaza masih dibuka.
Beliau menjelaskan bahawa tepung merupakan bahan paling kritikal kerana roti adalah makanan ruji penduduk Gaza.
"Tepung adalah degupan jantung mereka. Walaupun cuaca panas menimbulkan kebimbangan terhadap kualiti, kami tetap berusaha membawanya masuk," katanya.
Selain beg tepung, bantuan turut merangkumi pek makanan asas seperti minyak masak, makanan dalam tin dan jus kurma.
Walaupun tidak mengandungi makanan segar, setiap item dipilih berdasarkan nilai khasiat dan ketahanan dalam situasi peperangan.
Nik Marina turut menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang yang menjayakan misi ini.
"Pada awalnya, kami hanya berjaya kumpulkan satu lori dengan 500 kotak bantuan. Kini, jumlahnya melebihi 3,000 kotak."
Beliau menyeru orang ramai agar terus menyalurkan sumbangan selagi pintu masuk ke Gaza masih dibuka.
"Ini misi yang mendesak dan kritikal. Seperti orang kata, 'now or never'," tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami