awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, 11 lagi cedera dalam insiden berbalas tembakan di selatan Thailand

Bernama
Bernama
12/01/2020
15:04 MYT
Dua maut, 11 lagi cedera dalam insiden berbalas tembakan di selatan Thailand
Usaha dipergiat untuk menjejaki suspek yang terlibat dalam inisiden berbalas tembakan. - Gambar hiasan
Dua maut, termasuk seorang anggota militan dan 11 lagi anggota sukarelawan cedera dalam insiden berbalas tembakan di Rom Sai, Daerah Sukhirin, Narathiwat, selatan Thailand hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari (waktu tempatan) Ahad, Pos Kawalan Mukim Rom Sai telah diserang sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai anggota militan.
Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Wilayah Sukhirin Kpt. Pol. Athit Makmuang berkata kumpulan itu telah melepaskan tembakan dan melontar bom paip ke arah pos kawalan mukim dan menyebabkan dua anggota sukarelawan cedera.
Beliau berkata sebutir bom buatan sendiri telah diletupkan di tepi jalan apabila pasukan tentera, polis dan anggota sukarelawan yang dalam perjalanan menjejaki anggota kumpulan itu.
"Insiden berbalas tembakan telah berlaku antara kumpulan militan dan pasukan keselamatan kira-kira 20 minit di tempat kejadian.
"Seorang anggota militan dan seorang anggota sukarelawan ditemui maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini (Ahad).
Athit berkata usaha dipergiat untuk menjejaki suspek yang terlibat dalam inisiden berbalas tembakan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#militan
#Narathiwat
#selatan thailand
#tembakan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan